perkakas

1. benda-benda yang digunakan untuk membuat sesuatu pekerjaan (memasak, bertukang, dan lain-lain), alat:
kerja itu tidak dapat dibuat dengan sempurna kerana kekurangan ~;

2. (Biologi) bahagian-bahagian (manusia atau binatang) yang menjalankan tugas-tugas tertentu, organ:
pada binatang mamalia ~ perjalanan darah ini selalunya mengandungi jantung, salur nadi, pembuluh, dan lain-lain;
binatang-binatang seperti arnab atau tikus biasanya dibedah untuk diperiksa ~ di dalam tubuhnya;

3. [kiasan] orang yang bekerja untuk orang lain (biasanya dengan tujuan-tujuan buruk), alat, ejen:
baik dibunuh sahaja orang yang menjadi ~ musuh kita;
~ dapur
alat-alat untuk kegunaan di dapur (periuk belanga dan lain-lain);
~ makan alat-alat yang digunakan ketika makan (pinggan, mangkuk, senduk, sudu, dan lain-lain);
~ perang alat-alat untuk berperang (senjata dan lain-lain);
~ rumah benda-benda yang diperlukan dalam rumah (almari, kerusi, meja, dan lain-lain), perabot;
~ tukang kayu alat-alat yang digunakan oleh tukang kayu (gergaji, ketam, dan lain-lain);
~ tulis alat-alat menulis (pensel dan lain-lain);

memperkakaskan menggunakan sebagai perkakas, memperalat:
mereka berasa tidak berdaya kerana diperkakaskan oleh segolongan manusia durjana yang berkuasa;

perkakasan
1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas:
sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu;

2. (Komputer) peralatan yang membentuk satu sistem komputer seperti monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dan lain-lain.

berkongsi