proses membentuk gagasan atau konsep umum dengan memilih ciri-ciri umum daripada contoh-contoh yang khusus:
dalam kebanyakan kes, pembinaan model biasanya melibatkan ~ ciri-ciri fenomena yang dikaji.
absurd
mustahil, tidak masuk akal, bertentangan dengan fikiran yang waras:
sesungguhnya adalah ~ untuk berbuat demikian kerana subjeknya hanya diketahui oleh segelintir manusia.
abtar
[Arab]
1. [sastera lama] kudung;
2. terputus rahmat Allah.
abu I
1. sisa sesuatu yang telah hangus dibakar atau terbakar:
~ daripada ranting dan daun kering yang dibakar boleh dijadikan baja;
~ dapur;
~ rokok;
2. debu, serbuk;
~ kayu (Perhutanan) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat daripada kalsium, kalium, dan magnesium) yang terdapat di dalam kayu;
~ logam (Perhutanan) bahan lebihan logam yang tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain;
seperti ~ di atas tunggul (peribahasa) [Minangkabau] dengan mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dalam rumah keluarga isterinya dalam masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di Negeri Sembilan);
sudah jadi ~ arang (peribahasa) sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi;
terpegang di ~ hangat (peribahasa) [Minangkabau] baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan;
abu-abu [Indonesia] warna kelabu;
mengabu menjadi abu, menyerupai abu;
mengabui
1. membubuh abu (pada sesuatu);
2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yang sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya:
beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yang cuba ~ mata orang ramai;
keabu-abuan berwarna agak kelabu, kekelabu-kelabuan.
abu II
kalah (dalam permainan congkak dan lain-lain).
abu III
suatu pangkat di Siam.
abu-abu
ikan ~ [Indonesia] sejenis ikan laut.
abuh I
riuh, sibuk.
abuh II
[Jawa] bengkak;
sakit ~ (abuh-abuhan) sakit dengan bengkak-bengkak pada kaki (tubuh dan sebagainya).
abuk
mengabuk [Jawa] mengambil barang kepunyaan orang dan mengaku atau mengatakan bahawa barang tersebut miliknya.