abu I

1. sisa sesuatu yang telah hangus dibakar atau terbakar:
~ daripada ranting dan daun kering yang dibakar boleh dijadikan baja;
~ dapur;
~ rokok;

2. debu, serbuk;
~ kayu (Perhutanan) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat daripada kalsium, kalium, dan magnesium) yang terdapat di dalam kayu;
~ logam (Perhutanan) bahan lebihan logam yang tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain;
seperti ~ di atas tunggul (peribahasa) [Minangkabau] dengan mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dalam rumah keluarga isterinya dalam masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di Negeri Sembilan);
sudah jadi ~ arang (peribahasa) sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi;
terpegang di ~ hangat (peribahasa) [Minangkabau] baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan;

abu-abu [Indonesia] warna kelabu;

mengabu menjadi abu, menyerupai abu;

mengabui
1. membubuh abu (pada sesuatu);

2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yang sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya:
beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yang cuba ~ mata orang ramai;

keabu-abuan berwarna agak kelabu, kekelabu-kelabuan.

berkongsi