domah

pendomah raja ~ = raja penomah [sastera lama] hadiah (pemberian, ganjaran) yang dibawa oleh utusan.

domain

1. kawasan yang dimiliki (dikuasai, ditadbirkan dan sebagainya) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala:
dia tidak akan keluar dari ~ kekuasaan itu;

2. lapangan atau bidang (seperti kegiatan, pemikiran, pengetahuan dan sebagainya), mandala:
tumpuan hanya akan diberikan kepada perspektif pendidikan dan penerbitan buku dalam ~ sains dan teknologi sahaja;
ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit;

3. (Komputer) kumpulan medan bagi fail dalam model sistem pengurusan pangkalan data;

4. (Komputer) kawasan liputan bagi masalah yang hendak diselesaikan.

domestik

1. berkenaan hal (urusan dan lain-lain) dalam negeri:
para penulis harus menulis tentang masalah ~ di sekitar mereka;

2. berkenaan kegiatan rumah tangga:
tugas ~ termasuk dalam dunia keluarga yang tidak sepatutnya dijalankan oleh agensi lain.

dominan

1. berkuasa atau berpengaruh, mendapat tempat atau kedudukan yang (berkuasa, berpengaruh, dan sebagainya):
kita sering terjumpa cerita yang mengisahkan bagaimana suatu kaum yang lebih ~ itu mempergunakan kaum lain sebagai buffer dalam suatu pertembungan;
terdapat juga akhbar dwibahasa Inggeris/Melayu, bagaimanapun halaman bahasa Inggeris lebih ~;

2. (Biologi) berkenaan sifat yang lebih kuat pengaruhnya yang diwarisi daripada salah satu induk (ibu bapa bagi manusia):
warna perang pada rambutnya merupakan sifat ~ yang diwarisi daripada ibunya;

3. (Biologi) berkenaan banyaknya spesies tertentu dalam sesuatu kawasan.

dominasi

mendominasi menguasai, mengenakan atau menimpakan kekuasaan terhadap:
mari kita tinjau bagaimana golongan yang bertanah dan berharta di desa ~ majoriti petani yang miskin.

dominion

negara yang berkerajaan sendiri dalam Komanwel selain United Kingdom:
~ Kanada;
~ New Zealand.

domino

1. bongkah leper, berbentuk segi empat bujur yang permukaannya ditandai dengan titik-titik dari 1 hingga 6 seperti pada permukaan dadu;

2. sejenis permainan yang menggunakan 28 domino.