[Indonesia-Belanda] wanita yang lulus peperiksaan terakhir di universiti (sebelum mendapat gelaran doktor).
doktorandus
[Indonesia-Belanda] lelaki yang lulus peperiksaan terakhir di universiti (sebelum mendapat gelaran doktor).
doktrin
prinsip atau kepercayaan yang dianggap benar dan satu-satunya yang dapat diterima:
~ Monroe;
~ Karl Marx;
mendoktrinkan menerapkan atau menanamkan sesuatu doktrin (untuk dijadikan pegangan):
fakta yang sama dinyatakan oleh Ajikik pada zaman Jepun untuk ~ drama demi kepentingan strategi.
dokumen
sesuatu yang bertulis atau bercetak (seperti sijil kelahiran, sijil kematian, dan lain-lain) yang digunakan sebagai rekod atau bukti:
salinan-salinan ~ yang telah dirampas itu ada menyebut tentang rancangan pertubuhan haram itu hendak menggulingkan kerajaan;
mendokumenkan
1. mencatatkan sesuatu sebagai dokumen:
negara akan beruntung jika akademi itu mengambil inisiatif untuk ~ semua penemuan itu;
2. membuktikan (menunjukkan) dengan dokumen, memberi maklumat berupa dokumen untuk menerangkan atau membuktikan sesuatu;
pendokumenan perihal (proses, tindakan dan sebagainya) mendokumenkan.
dokumentar
[Indonesia-Belanda] dokumentari.
dokumentari
tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yang memaparkan (menceritakan) maklumat (fakta) sebenar tentang sesuatu (perkara, subjek, dan lain-lain):
filem ~.
dokumentasi
himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yang dapat digunakan sebagai asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan, dan lain-lain), perbahanan:
H.B. Jassin mempunyai ~ sastera Indonesia yang lengkap;
filem ~ [Indonesia] filem dokumentari;
mendokumentasikan mengusahakan (dengan mengumpulkan, menyusun, merakamkan, dan sebagainya) sehingga tersedia sebagai dokumentasi:
persatuan-persatuan kaum berkenaan harus mempunyai unit penyelidikan dan dokumentasi sendiri untuk menyelidik dan ~ khazanah budaya mereka;
seseorang pengumpul cerita rakyat dapat ~ bahan yang boleh menjadi bahan kajian penting untuk generasi akan datang;
pendokumentasian usaha (kegiatan, proses, dan sebagainya) mendokumentasikan:
~ cerita rakyat;
~ sastera Iban.
dol I
[arkaik] sejenis gendang.
dol II
[arkaik] tiang kapal.
dol III
[bahasa percakapan] longgar atau tidak ketat (paku, skru, dan lain-lain).