doket I

dokumen yang menyenaraikan (merekodkan) barang yang dihantar, fail yang diterima atau diserahkan, kerja yang dibuat dan sebagainya, biasanya dijadikan sebagai bukti penerimaan, penyerahan dan sebagainya;

mendoketkan memasukkan atau mencatatkan butiran penerimaan, penyerahan dan sebagainya dalam doket.

dokoh

sejenis loket yang berupa kepingan yang lebar daripada emas dan berhias dengan batu permata di tengahnya (biasanya berbentuk bulat bagi lelaki dan menyerupai bulan sabit bagi perempuan), aguk;
~ sehari bulan dokoh yang berbentuk bulan sabit.

dokok-dokok

= kuih ~ ark sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung beras, kelapa, gula, dan pisang yang dibungkus dalam daun pisang dan dikukus.

dokong

sejenis tumbuhan (pokok) yang buahnya seperti langsat tetapi kulitnya lebih tebal, Lansium domesticum.

doktong

[Terengganu] keluar rumah tanpa memaklumkan tujuannya:
Ali siang malam tiada di rumah, suka benar dia ~.

doktor

1. orang yang berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan:
lima orang ~ telah memeriksa dan merawat Perdana Menteri di hospital di London;

2. orang yang telah mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pengajian:
~ Bahasa dan Kesusasteraan;
~ ilmu hukum;
~ bedah
doktor yang berkelayakan untuk melakukan pembedahan;
~ falsafah ijazah yang tertinggi yang diberikan kepada seseorang siswazah lanjutan yang menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yang terdiri daripada para profesor;
~ gigi doktor yang ahli dalam hal gigi dan penyakit gigi;
~ gula [Indonesia] ahli dalam perusahaan gula;
~ haiwan = ~ binatang [bahasa percakapan] doktor yang mendapat latihan khusus tentang penyakit binatang dan cara merawatnya;
~ jiwa doktor yang pakar dalam penyakit jiwa;
~ mata doktor yang pakar mengenai rawatan penyakit mata, ahli oftalmologi;
~ pakar doktor yang mempunyai kepakaran khusus dalam sesuatu bidang perubatan;
~ pakar kanak-kanak = ~ anak [Indonesia] doktor yang pakar mengenai pengubatan penyakit kanak-kanak, ahli pediatrik;
~ udara doktor yang memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kepada penduduk di kawasan pedalaman, dengan menaiki pesawat terbang;
~ veterinar doktor haiwan;

kedoktoran
1. hal-hal yang berkenaan ilmu menjadi doktor (mempelajari atau menyelidik berkenaan penyakit, cara mengubatinya, dan lain-lain), perubatan;
mahasiswa ~ mahasiswa yang belajar untuk menjadi doktor;
pengetahuan (ilmu) ~ pengetahuan tentang penyakit (cara mengubatinya dan lain-lain);

2. kelulusan tertinggi dalam dunia kesarjanaan yang dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi.

doktoral

[Indonesia-Belanda];

ujian ~ peperiksaan sebelum yang terakhir di universiti (peringkat yang terakhir ialah untuk mendapat gelaran doktor).