DK

[kependekan] Darjah Yang Utama Kerabat Diraja (yang dianugerahkan oleh seseorang raja kepada raja lain atau kepada seseorang anggota kerabat baginda).

DMN

[kependekan] Darjah Utama Seri Mahkota Negara (yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada raja-raja dan ketua-ketua negara asing dan lain-lain).

DNA

[kependekan] deoxyribonucleic acid (juzuk utama yang membentuk bahan genetik (bahan penentu ciri-ciri kebakaan) kebanyakan organisma hidup, termasuk sesetengah virus yang terkandung di dalam nukleus sel organisma yang berkenaan).

doa

1. permohonan (permintaan) kepada Tuhan:
~ Aini supaya Murad berbahagia dalam hidupnya;

2. kebaikan (yang dipinta) dengan restu daripada Tuhan:
dia memohon ~ agar anaknya lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia;

3. potongan ayat terutama daripada Quran (hadis dan sebagainya) yang dibaca untuk memohon sesuatu kebaikan daripada Tuhan:
setiap kali selepas sembahyang, dia membaca berbagai-bagai ~;~ arwah doa yang dibaca (sewaktu sembahyang mayat dan lain-lain) untuk orang Islam yang telah meninggal dunia dan ditujukan juga kepada orang-orang yang masih hidup;
~ musafir doa yang dibaca (oleh orang Islam) sewaktu dalam perjalanan supaya dijauhkan daripada sebarang kemalangan dan sebagainya;
~ panjang umur doa yang dibaca (oleh orang Islam) untuk memohon kepada Tuhan supaya dilanjuntukan usia;
~ pendinding doa yang dibaca (oleh orang Islam) untuk menjauhkan diri daripada bahaya;
~ pengasih jampi untuk membuat orang kasih pada kita;
~ restu doa (permintaan) yang diharapkan mendapat berkat daripada Tuhan;
~ selamat = ~ kesyukuran doa kerana mengucap syukur kepada Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat;
~ tolak bala doa yang dibaca selepas bersembahyang untuk meminta kepada Tuhan supaya dijauhkan daripada sebarang bala (seperti wabak penyakit dan sebagainya);

berdoa, mendoa meminta (memohon) kepada Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa:
bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kepada Tuhan;
aku ~ semoga Tuhan mendekatkan aku kepada kebaikan dan menjauhkan aku daripada kejahatan;

mendoakan memohonkan sesuatu kepada Tuhan:
aku ~ semoga kau berbahagia selalu;
dia sentiasa ~ keselamatan anak-anaknya.

dobel

[Indonesia] berpasangan (rangkap), kembar, dua kali;

mendobel, mendobelkan membuat (menjadikan) berpasangan (seperti melipat, mengembarkan dan lain-lain), merangkapkan.

dobi

= tukang ~ orang yang kerjanya mencuci dan menggosok kain baju pelanggannya di rumahnya (tempatnya) sendiri, benara, benatu, penatu;
hantar ~ menghantar pakaian ke kedai dobi untuk dibasuh dan digosok;

berdobi telah dibasuh dan di