dobrak

[Jakarta];

mendobrak
1. memecahkan (merosakkan) pintu dan lain-lain:
saya terpaksa ~ pintu bilik saya kerana kehilangan kunci;

2. melanggar (barisan musuh dan lain-lain), merempuh;

pendobrakan
1. perihal atau perbuatan merosakkan atau memecahkan pintu (pagar dan lain-lain);

2. penggemburan (barisan pertahanan musuh dan lain-lain).

dodekagon

poligon yang mempunyai dua belas sisi. dodekahedron (dodkahdron) bongkah yang mempunyai dua belas permukaan yang rata.

dodoi

lagu (nyanyi) yang didendangkan untuk menidurkan anak, dondong, pengulit:
maka Pangkulun pun minta halal segala dukung kilik, ~ dan lala serta air susu daripada ibunya;

mendodoikan melagukan (menyanyikan) untuk menidurkan anak, mendondong, mengulitkan:
dari jauh kedengaran suara itu ~ anaknya dengan pantun-pantun tua;

dodoian dodoi:
~ yang sumbang juga berguna kepada bayi yang mendengar perubahan rentak dan nada.

dodok

[arkaik] [Jawa] bercanggung, bertinggung;
berlaku ~ ark berjalan dengan bercanggung.

dodol

= kuih ~ sejenis penganan yang dibuat daripada campuran tepung pulut, gula melaka, dan santan (kadang-kadang dicampurkan durian) yang dimasak sambil dikacau sehingga kental.