doa

1. permohonan (permintaan) kepada Tuhan:
~ Aini supaya Murad berbahagia dalam hidupnya;

2. kebaikan (yang dipinta) dengan restu daripada Tuhan:
dia memohon ~ agar anaknya lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia;

3. potongan ayat terutama daripada Quran (hadis dan sebagainya) yang dibaca untuk memohon sesuatu kebaikan daripada Tuhan:
setiap kali selepas sembahyang, dia membaca berbagai-bagai ~;~ arwah doa yang dibaca (sewaktu sembahyang mayat dan lain-lain) untuk orang Islam yang telah meninggal dunia dan ditujukan juga kepada orang-orang yang masih hidup;
~ musafir doa yang dibaca (oleh orang Islam) sewaktu dalam perjalanan supaya dijauhkan daripada sebarang kemalangan dan sebagainya;
~ panjang umur doa yang dibaca (oleh orang Islam) untuk memohon kepada Tuhan supaya dilanjuntukan usia;
~ pendinding doa yang dibaca (oleh orang Islam) untuk menjauhkan diri daripada bahaya;
~ pengasih jampi untuk membuat orang kasih pada kita;
~ restu doa (permintaan) yang diharapkan mendapat berkat daripada Tuhan;
~ selamat = ~ kesyukuran doa kerana mengucap syukur kepada Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat;
~ tolak bala doa yang dibaca selepas bersembahyang untuk meminta kepada Tuhan supaya dijauhkan daripada sebarang bala (seperti wabak penyakit dan sebagainya);

berdoa, mendoa meminta (memohon) kepada Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa:
bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kepada Tuhan;
aku ~ semoga Tuhan mendekatkan aku kepada kebaikan dan menjauhkan aku daripada kejahatan;

mendoakan memohonkan sesuatu kepada Tuhan:
aku ~ semoga kau berbahagia selalu;
dia sentiasa ~ keselamatan anak-anaknya.

berkongsi