(Kejuruteraan) peranti semikonduktor yang membolehkan aliran arus satu arah sahaja dan banyak digunakan dalam litar elektronik sebagai penerus atau pemangkas.
dioksida
(Kimia) oksida yang mengandungi dua atom oksigen:
karbon ~.
Dip. [kependekan] diploma.
dipan
[Indonesia-Belanda] sejenis bangku panjang yang rendah.
dipati
adipati.
diploma
sijil) kelayakan yang biasanya lebih rendah tarafnya atau lebih khusus sifatnya daripada ijazah:
dia baru lulus daripada latihan pertanian dan ~nya terpampang di dinding rumahnya;
dia mengikuti kursus ~ pendidikan di Universiti Malaya;
berdiploma sudah mendapat diploma.
diplomasi
1. seni atau amalan mengurus hubungan antarabangsa:
kemenangan ~ Inggeris itu disebabkan oleh kebijakan para diplomatnya;
wakil-wakil ~ [Indonesia] wakil-wakil negara asing seperti duta (kuasa usaha dan lain-lain);
2. seni dan kemahiran berurus dengan seseorang tanpa menyinggung perasaanya:
licin sekali ~ Pak Ali meminta yuran hingga sedikit sahaja ahli yang tidak membayar hutang;
berdiplomasi
1. mengurus hubungan antarabangsa;
2. mengendalikan seseorang dengan berhati-hati (tidak dengan terlalu berterang-terangan).
diplomat
1. pegawai kanan (duta dan lain-lain) yang dilantik untuk mewakili negaranya dalam hubungan antarabangsa;
2. orang yang mahir berurus dengan seseorang tanpa menyinggung perasaannya:
suruhanjaya itu telah juga menyediakan rangka perjanjian tentang keutamaan dan hak para ~.
diplomatik
1. berkenaan hubungan antarabangsa:
kenyataan pejabat negara ini telah menggemparkan kalangan ~ British;
banyak negara telah mengadakan hubungan ~ antara satu sama lain;
2. [bahasa percakapan] dengan berhati-hati (samar-samar) apabila mengatakan sesuatu.
diplopia
(Perubatan) kecacatan pelihatan yang menyebabkan satu objek dilihat berganda.
dipsomania
(Psikologi) keinginan yang keterlaluan untuk minum minuman keras.