sifat dinamik:
kami berharap reka bentuk baru ini memberi suasana segar kepada majalah ini dan memancarkan ~ baru yang terdapat padanya;
makalah ini bertujuan menyerlahkan aspek kreativiti dan ~ dalam bahasa pengiklanan.
dinamit
bahan letupan yang kuat (boleh menghancurkan batu-batu);
mendinamit menghancurkan (meleburkan, merosakkan) dengan dinamit.
dinamo
sejenis alat untuk menukar tenaga mekanik kepada tenaga elektrik, terutamanya yang mengeluarkan arus terus.
dinar
[sastera lama]
1. kepingan wang emas;
2. mata wang.
dinas
[Indonesia]
1. jabatan (kerajaan yang mengurus tugas tertentu):
~ kehaiwanan;
2. sesuatu yang bersangkutan dengan jabatan:
pakaian ~;
rahsia ~;
ikatan ~ perjanjian untuk bekerja dengan kerajaan apabila tamat belajar;
3. masa berkhidmat (dengan kerajaan, syarikat, dan lain-lain);
4. sedang bertugas (bekerja).
dinasti
1. jurai raja-raja pemerintah yang berasal daripada satu keturunan (keluarga):
mengikut suatu rekod daripada ~ Ming, Laksamana Yin Ching mengunjungi Melaka dalam tahun 1403;
2. tempoh sesebuah negeri diperintah oleh raja-raja yang berasal daripada satu keturunan.
dinda
singkatan bagi adinda.
dinding
1. penutup (penyekat) ruang, bangunan, bilik, dan lain-lain yang dibuat daripada kayu, bata, dan lain-lain;
sebuah gambar tergantung di ~;
lampu ~ lampu yang disangkuntukan di dinding;
2. sesuatu yang menyerupai dinding:
~ abdomen;
~ kambi papan (kayu) pada kaki dinding;
~ sel selaput yang menyelaputi sel;
~ tepas dinding yang dibuat daripada pelepah daun kumbar;
~ teretas, tangga terpasang (peribahasa) bukti yang cukup untuk menyatakan sesuatu hal;
jadi ~ tasak peti permainan (peribahasa) orang harapan raja dan orang besar-besar;
berdinding, berdindingkan menggunakan (memakai) dinding:
rumah panjang itu beratapkan daun bertam dan ~ kulit kayu;
mendinding
1. memasang (melekatkan) dinding:
ayah saya tidak ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib;
2. berupa dinding, seperti dinding:
bukit-bukit yang dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat kampung saya;
mendindingi merupakan dinding (untuk menyekat, melindungi, menahan, menutup, merintang, dan lain-lain), menjadi dinding pada:
pokok bunga di sekeliling perigi itu ~ orang yang mandi daripada pelihatan orang ramai;
pakatan SEATO ditubuhkan untuk ~ kemaraan kuasa Komunis;
mendindingkan menggunakan sesuatu seperti dinding;
~ tangan meletakkan tangan di atas dahi supaya tidak silau dan lain-lain;
terdinding tersekat oleh dinding, tersekat, terlindung:
jikalau iman tidak teguh, segala godaan syaitan mungkin tidak ~ lagi;
pendindingan perihal atau perbuatan mendinding(i) atau mendindingkan;
pendinding penutup, penyekat, penghalang, pelindung:
agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yang sebenar, tetapi juga merupakan ~ daripada godaan hawa nafsu;
doa ~ doa untuk melindungi diri daripada mara bahaya;
kain ~ miang, wang ~ malu (peribahasa) berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pada tempatnya.
dines
dinas.
ding
akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar ali (dedingin), Smilax myosotiflora.