dengkot

pendek sebelah kakinya (kerana cacat, cedera dan sebagainya) sehingga menyebabkannya berjalan terhincut-hincut, tempang:
kaki kanannya ~ sedikit akibat kemalangan kereta yang dialaminya itu;

berdengkot-dengkot berjalan terhincut-hincut kerana dengkot, berjengkot:
lelaki itu ~ mengheret kakinya;

terdengkot-dengkot (berjalan) dengan keadaan kaki yang dengkot, terhincut-hincut:
orang itu ~ berjalan ke gigi air untuk mengutip bola.

dengkul III

[Jawa], [bahasa percakapan] bohong, dusta, palsu;
berita (khabar, radio) ~ [bahasa percakapan] berita palsu;
modal ~ [bahasa percakapan] modal pada cakap sahaja, modal kosong;
saksi ~ saksi yang palsu.

dengkung

bunyi kung kung (bunyi seperti bunyi jeritan anjing yang dipukul atau bunyi besi dipalu dan lain-lain);

berdengkung, mendengkung berbunyi kung kung, mengeluarkan bunyi dengkung;

berdengkung-dengkung berdengkung (berbunyi dengkung) berulang kali.

dengkur

1. bunyi seperti bunyi nafas yang kuat (dari orang yang sedang tidur), keruh;

2. bunyi kur kur (kerana kesakitan yang amat sangat):
terdengar bunyi orang tersungkur jatuh di hujung tangga diikuti ~ yang kuat;

berdengkur, mendengkur
1. mengeluarkan dengkur (ketika tidur), berkeruh, mengeruh:
tidur ~;

2. tidur dengan nyenyaknya serta mengeluarkan (bunyi) dengkur:
apabila ayam berkokok kencang, aku sudah jaga, tetapi Mustapha masih ~;

dengkuran dengkur, bunyi mendengkur:
Fauzi dengan mulutnya ternganga, melepaskan ~ pula seperti bunyi harimau menantikan mangsanya.

dengkus

bunyi seperti bunyi menarik (menghembuskan) nafas dengan hidung;

berdengkus, mendengkus mengeluarkan bunyi dengkus.