colek III

[Kelantan], Tr
1. buah-buahan yang dicecah dengan pencecah;

2. sejenis sambal yang cair untuk dicecah dengan buah-buahan, keropok, dan lain-lain.

colok I

1. suluh yang dibuat daripada kain buruk yang dililitkan pada kayu dan lain-lain dan dicelup ke dalam minyak;

2. bilah yang dibubuhi damar (belerang dan lain-lain) untuk dibuat suluh;

3. belang putih pada ekor anjing yang hitam;

4. [Terengganu] mancis api;

5. bilah yang disalut dengan campuran habuk kayu, tanah liat, dan lain-lain untuk dibakar ketika menyembah tokong dan lain-lain (biasanya digunakan oleh orang Cina);

mencolok, mencoloki menyuluhi dengan colok.

colok II

mencolok
1. mencucuk (menusuk);

2. = ~ mata
a) mencucuk mata;
b) [kiasan] tampak jelas, kelihatan jelas benar;
c) membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu:
apabila berlaku peristiwa-peristiwa yang ~ mata, menyakitkan hati, kita hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja.

colok III

[Minangkabau] celup;
jatuh (turun) ~ ki jatuh (turun) darjat (kedudukan dan lain-lain), jatuh miskin;

mencolok mencelup.

colot

[Jakarta];

mencolot melompat (meloncat) seperti katak. com [Kedah] masam muka.