alat pengukup pakaian dan lain-lain (dibuat daripada rotan dan lain-lain).
ceraka II
sejenis tumbuhan (herba), jarak, Plumbago zeylanica;
~ merah sejenis tumbuhan, Plumbago rosea.
cerakin I
sejenis peti yang berpetak-petak tempat menyimpan ubat, pendadah.
cerakin II
sejenis tumbuhan (pokok), Croton tiglium.
cerakin III
mencerakin, mencerakinkan
1. menyelidik atau menyiasat sesuatu keadaan (perbuatan, gejala, ciptaan, dan lain-lain) untuk mengetahui sebab-sebab (kedudukannya dan lain-lain):
ia diakui sebagai tokoh yang pertama ~ dasar-dasar ini;
2. menghuraikan sesuatu bahan kepada bahagian-bahagiannya (seperti unsur dan lain-lain);
3. menghuraikan (memisahkan, menceraikan, dan lain-lain) sesuatu kepada bahagian-bahagiannya:
prisma yang pertama ~ cahaya putih dan prisma yang kedua menghasilkannya;
cerakinan
1. penyelidikan (untuk mengetahui hal-hal, peristiwa, dan lain-lain), penyiasatan;
2. uraian (penyelidikan) kimia (untuk menentukan kandungan sesuatu dan lain-lain);
~ fizik (kimia) uraian (penyelidikan) yang menggunakan kaedah fizik (kimia);
pencerakinan perihal (usaha, proses, dan sebagainya) mencerakin(kan);
analisis.
ceramah
1. suka bercakap-cakap, ramah, banyak bercakap;
2. ucapan membicarakan sesuatu perkara (seperti bahasa, politik, dan lain-lain), syarahan:
~ tentang bahasa menjadi suatu perhatian yang istimewa sekarang;
berceramah memberi (menyampaikan) ceramah:
ketika saya sampai, ia sudah ~;
menceramahkan membicarakan sesuatu perkara, memberi ceramah mengenai:
ia ~ masalah politik dunia;
penceramah orang yang berceramah, pembicara:
sebelum ~ sampai, masing-masing sudah duduk di tempatnya.
cerana I
sejenis bekas tempat sirih dan lain-lain (bentuknya bulat atau bujur seperti dulang berkaki dan dibuat daripada logam);
~ biduk cerana yang rupanya seperti biduk.
cerana II
sejenis penyakit seperti ketumbuhan yang berbahaya pada badan (boleh merebak ke bahagian lain).
cerancang
(Perhutanan) bahagian kayu yang pecah atau kumpulan selumbar yang tertinggal pada tunggul atau pada bahagian bawah pangkal balak selepas pokok ditebang;
bercerancang, bercerancangan mencuar-cuar tajam atau tinggi, berceracakan:
hutan itu kira-kira lima ekar telah dibuka dan bercerancangan tunggul-tunggul kayu.
cerang
[sastera lama] kawasan dalam hutan bekas bercucuk tanam, bekas hutan yang sudah ditebang pokoknya atau yang tinggal sedikit sahaja pokok-pokoknya.