centong

1. pencedok yang tangkainya seperti gayung dan lain-lain;

2. = ~ nasi senduk nasi;

mencentong mencedok dengan centong.

cenua

[Kelantan] sejenis tangkal (guna-guna) untuk membuat orang jatuh kasih, ubat pengasih.

cenuk

[Kedah];

minyak ~ minyak yang diperoleh daripada pohon tengkawung, minyak kawang.

cenung

tercenung, tercenung-cenung termenung(-menung), termangu-mangu:
sekalian cucu kembali ~ dan berpandangan sesama sendiri apabila memikirkan perkara itu.

CEO

[kependekan] Chief Executive Officer (Ketua Pegawai Eksekutif, iaitu pegawai tertinggi yang menerajui pengurusan sesebuah syarikat, perbadanan dan sebagainya).

ceongsam

[Cina] sejenis pakaian wanita Cina berbelah di tepi dan berleher kepuk;

berceongsam berpakaian ceongsam.

cepak

bunyi seperti bunyi orang makan, cecap;

mencepak, mencepak-cepak mengecap-ngecap (ketika makan atau minum):
dia ~ kesedapan.