akasia

sejenis pokok renek yang mempunyai bunga kecil berwarna kuning atau putih, biasanya terdapat di negara beriklim panas.

akaun

1. rakaman berupa catatan atau keterangan ringkas mengenai urusan yang melibatkan pembayaran (penerimaan dan sebagainya) wang, rakaman perbelanjaan (penerimaan dan sebagainya) wang pada ruang debit dan kredit buku kira-kira;

2. penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala urusan (syarikat perniagaan dan lain-lain) yang melibatkan pembayaran atau penerimaan wang;

3. simpanan wang di bank dan rakaman yang berkaitan dengannya;
~ bank akaun yang dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yang menggunakan perkhidmatan sesebuah bank;
~ beku akaun yang urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yang berkenaan;
~ bersama akaun bank untuk sekurang-kurangnya dua penama dengan masing-masing berhak mengeluarkan simpanan daripada akaun itu;
~ lapuk akaun pinjaman yang tidak dibayar dan kemungkinan untuk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira;
~ luput akaun yang tempoh matangnya telah tamat atau berlalu;
~ pendapatan dan perbelanjaan akaun yang meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan untuk satu tempoh perakaunan;
~ penerima sahaja arahan pada cek supaya cek itu hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan;
~ semasa akaun (simpanan) yang tidak diberi faedah dan dapat dikeluarkan dengan cek;
~ simpanan akaun yang dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yang wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja;
~ T akaun yang mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dengan debit pada ruang kiri dan kredit pada ruang kanan;
~ untung rugi akaun yang menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian untuk pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan;

perakaunan yang berkaitan dengan akaun:
prinsip-prinsip ~;
prosedur ~.

akauntabiliti

keadaan apabila seseorang perlu menjelaskan sesuatu perkara yang dipertanggungjawabkan kepadanya, kebertanggung-jawaban:
mereka yang mempunyai kepakaran perlu diberi kebebasan mengkritik keputusan mahkamah untuk memastikan ~ institusi kehakiman.

akauntan

orang yang mengurus dan mengawasi penyediaan (penyimpanan dan lain-lain) kira-kira kewangan (sesebuah syarikat perniagaan, organisasi, dan lain-lain) dan bertanggungjawab menyediakan laporan mengenai kedudukan kewangan tersebut dari semasa ke semasa;
~ awam
a) akauntan yang memberikan perkhidmatan profesional kepada orang awam;
b) akauntan yang menjadi ahli sesebuah badan atau institut akauntan awam;
~ berkanun akauntan terlatih yang menjadi ahli persatuan akauntan profesional bertauliah;
~ kos akauntan yang mengendalikan dan menyimpan segala rekod yang berkaitan dengan kos dan perbelanjaan sesuatu perniagaan.