bingit I

1. tuli sekejap (kerana terdengar bunyi atau suara nyaring atau terlalu bising):
~ telinga mereka kerana teriak anak-anak itu;

2. tidak sedap, kurang senang:
~ telinganya mendengar leteran ibunya;

membingitkan menyebabkan berasa bingit:
deruman jentera di kilang itu ~ telinga;

kebingitan perihal bingit:
~ bunyi enjin kapal terbang itu memekakkan telinganya.

bingka

sejenis kuih (penganan) yang dibuat daripada campuran tepung beras atau tepung gandum, dan sebagainya dengan santan, gula dan dibakar, bengkang;
~ ubi bingka yang dibuat daripada ubi kayu dan bahan-bahan lain.

bingkah

= bingkahan bongkah;

berbingkah-bingkah berbongkah-bongkah;

membingkahi menjadikan berbingkah-bingkah (dengan jalan memukul atau mencangkul).

bingkai

tepi sesuatu benda yang dibuat daripada kayu (rotan dan lain-lain) yang dibuat di keliling sesuatu benda (gambar dan lain-lain) supaya kuat, simpai (roda):
~ cermin;
~ mata
tepi mata;

berbingkai mempunyai bingkai:
pemuda yang berkaca mata putih ~ tebal;

membingkaikan memberi berbingkai, memasang bingkai.

bingkas

= berbingkas, membingkas
1. melenting, menganjal:
kecubung rebah, petikan ~;

2. bangun (berdiri, meloncat, dan lain-lain) dengan cepat:
ia pun ~ daripada tidurnya;
ia ~ melepaskan diri daripada pegangan orang itu.

bingkis

[sastera lama] barang kiriman, buah tangan:
maka Pra Chau berkirim surat dengan ~;

membingkis mengirimkan buah tangan (bersama-sama dengan surat);

bingkisan
1. bungkusan (barang kiriman, buah tangan) yang biasanya disertai surat:
dia menerima ~ daripada kawannya yang berada di luar negeri;

2. surat;

3. (Komputer) set bit yang mengandungi semua atau sebahagian daripada data yang dikirim dalam satu blok melalui rangkaian penghantaran data.

bingung

1. kehilangan akal, tidak tahu apa yang hendak dibuat, gugup:
dia hampir ~ sejak terbongkarnya kisah anaknya ditahan kerana mencuri;

2. bodoh, dungu, tolol;
~ alang (orang yang) ada masa-masanya fikirannya buntu serta-merta dan tidak dapat melakukan sesuatu dengan betul;
yang ~ makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga (peribahasa) penipu selalu mengakali orang yang bodoh dan pencuri mencuri di tempat orang yang tidur;
~ tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut (peribahasa) orang yang bodoh tetapi tidak mahu menurut nasihat orang;

membingungkan menjadikan hilang akal (gugup dan lain-lain):
leteran ibunya ~nya dan menyusahkan hatinya;

kebingungan
1. perihal (keadaan) bingung, kehilangan akal, kekacauan hati:
leteran dan desakan mereka menambahkan lagi ~nya;

2. (dalam keadaan) bingung:
semua seperti ~, seperti hilang semangat;

pembingungan
1. perihal (perbuatan dan sebagainya) membingungkan;

2. tempat yang membingungkan.