benjol (pada kepala).
bindam
[arkaik] lebam dan bengkak-bengkak (kerana dipukul dan lain-lain).
bindeng
[Jawa] sengau.
bindil
sejenis sel (pada tumbuh-tumbuhan atau binatang) yang boleh mengeluarkan sesuatu seperti enzim dan lain-lain.
bindu
alat untuk melarik kayu (gading dan lain-lain) yang dipusing;
membindu melarik dengan bindu.
bing I
[Kelantan] bunyi seperti bunyi orang rebah.
bing II
bata ~ batu ubin.
bingal
bengal, degil.
bingar
bising;
hingar ~ riuh-rendah;
membingarkan menimbulkan keadaan bingar (bising), membisingkan;
kebingaran perihal bingar, kebisingan:
~ bunyi titikan air hujan bercampur baur dengan bunyi daun pisang mengepak-ngepak dipukul angin.
bingas
bengis, beringas, lekas marah, pembengis.