[arkaik] [sastera lama] sami atau pertapa (Buddha).
biksuni
[arkaik] sami perempuan.
biku I
[arkaik] [sastera lama] sami atau pertapa (Buddha).
biku II
1. lipatan pada tepi kain (baju dan lain-lain) untuk perhiasan;
2. tepi peti dan lain-lain yang berukir;
berbiku-biku berlipat-lipat pada tepi, berukir-ukir pada tepi.
biku III
[Kelantan] bingkai bulat tempat menegangkan kain, ram (apabila menyulam dan lain-lain).
biku-biku
sejenis tumbuhan (pokok), benak, medang tanduk, serunai, Bhesa spp.
bikung
[Kelantan] sejenis kudis pada betis.
bil
penyata bertulis tentang caj bagi barang dan perkhidmatan yang telah diterima:
~ air;
~ elektrik;~ muatan kapal dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan (berkenaan (dengan) barang yang dihantar kepada pengirim, sebagai kontrak antara kedua-dua pihak dan sebagai dokumen hak milik penama barang tersebut);
~ perbendaharaan (Ekonomi) bon jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk meminjam daripada bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pada masa tertentu;
mengebil menghantar (membuat, menyediakan, mengeluarkan, atau mengenakan) bil kepada atau untuk:
pihak syarikat akan ~ anda kemudian;
mengebilkan menyediakan (membuat) bil untuk barangan yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan:
sistem ini membolehkan pelanggan mencatat semua panggilan telefon bagi mengesahkan sama ada panggilan dibilkan dengan betul atau sebaliknya;
pengebilan perihal (perbuatan, proses dan sebagainya) mengebil atau mengebilkan:
pihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan mengenai struktur ~ baru itu;
apa yang dibimbangkan oleh TNB ialah pemalsuan sistem meter dalam ~ kepada pengguna komersial.
bila
1. kata yang digunakan untuk menanyakan waktu (masa, ketika) mana:
~ awak hendak ke Kuala Lumpur?;
barang ~ sebarang masa;
2. pada masa apa:
kalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah;
bila-bila = ~ masa pada sebarang masa (waktu, ketika):
~ saja hari akan hujan.
bilabial
(Linguistik)
1. berkenaan dua bibir;
2. bunyi atau sebutan yang dihasilkan oleh dua bibir (tentang konsonan seperti p, b, m).