warga

1.ahli (suatu keluarga, syarikat, dan lain-lain), anggota;
~ dalam kerabat raja yang tinggal dalam istana;
~ dunia

orang yang bukan rakyat sesuatu negara;
~ jagat

ark warga dunia;
~ kota

penduduk kota;
~ tua [bahasa halus] orang tua:
Hari W~ Tua Sedunia disambut pada 1 Oktober;

2. [arkaik] tingkatan masyarakat dalam agama Hindu, kasta;

kewargaan keanggotaan.

warganegara

rakyat sesebuah negara (yang terdiri daripada penduduk asli tempatan ataupun orang asing yang telah diterima menjadi rakyat mengikut undang-undang):
~ Malaysia;

mewarganegarakan menjadikan warganegara;

kewarganegaraan perihal warganegara, kerakyatan sesebuah negara:
tidak seorang pun boleh dilucuti ~nya secara sewenang-wenang;

pewarganegaraan perihal mewarganegarakan.

warid I

[Arab] menurut yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW (berdoa, sembahyang, dan lain-lain).

waris I

[Arab]

1. orang atau pihak yang berhak menerima pusaka orang yang telah meninggal:
apabila seseorang mati meninggalkan harta, maka harta itu mestilah diturunkan kepada ~nya;
ahli ~
orang yang menjadi waris;

2. penjaga atau wali (kanak-kanak):
apakah hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yang berumur tujuh hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kepada kanak-kanak tersebut?

3. = warisan harta pusaka, harta peninggalan:
anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya;
~ ahli
waris yang sebenarnya (anak dan lain-lain);
~ kuat (yang karib) waris yang hampir sekali (anak, cucu, dan lain-lain);
~ negeri [sastera lama] waris yang bakal menggantikan sultan;
~ sah orang yang berhak menjadi waris menurut hukum (adat, agama, dan lain-lain);

berwaris meninggalkan waris, ada warisnya:
bagi orang mati yang tidak ~, urusan harta peninggalannya terserah kepada pemerintah;

mewarisi
1. menerima harta pusaka daripada, mempusakai:
dia telah ~ tanah getah ibunya;

2. menurut dan membawa perangai (rupa, sifat, dan lain-lain) orang tua dan lain-lain, mengikut jejak orang dan lain-lain yang sebelumnya (dalam pekerjaan dan lain-lain):
Martinah ~ muka ibunya;
Semaun ~ sifat-sifat Pak Kasa;
ayah seorang lelaki yang ~ zamannya;

3. [kiasan] menerima apa yang ditinggalkan:
pegawai-pegawai tinggi Melayu yang sudah memang biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri mereka ~ sisa-sisa nikmat menjadi tuan yang ditinggalkan oleh pegawai kolonial;

mewariskan
1. meninggalkan harta pusaka kepada, memberikan pusaka atau peninggalan kepada:
aku akan ~ hasil-hasil seni ini kepada rakyatku;

2. menjadikan seseorang sebagai waris;

3. [arkaik] mewarisi;

warisan
1. harta peninggalan, harta pusaka:
Mimi pergi ke Bandung untuk suatu urusan ~;

2. sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan:
kata jongos merupakan kata ~ kolonial;

kewarisan mendapat warisan;

perwarisan hal yang berkaitan dengan berwaris:
undang-undang ~;
hak ~;

pewarisan perihal mewarisi (mewariskan):
penyelidikan tentang asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa merupakan bidang sejarah linguistik;

pewaris orang (pihak) yang mewarisi, waris:
kita adalah ~ kebudayaan yang terkaya dalam dunia;
~ ilmu Yunani;
beliau muncul sebagai ~ jawatan Perdana Menteri.

waris II

[Jakarta] = warisan selalu bernasib baik (dalam perniagaan dan lain-lain), beruntung, mujur.