waja

1. = besi ~ sejenis besi yang keras dan kuat, baja;
hati ~ ki hati yang keras:
semangat ~ ki semangat yang kuat;

2. (berkenaan (dengan) semangat, cita-cita, dan sebagainya) kuat:
Afifi berani dan punya cita-cita ~;

berwaja menjadi teguh:
keyakinan ~ di hatinya;

kewajaan sifat atau keadaan waja, kekuatan:
yang penting ialah ~ semangat kaum tani dalam menghasilkan tuaian mereka.

wajah

1. air muka, muka paras, roman muka:
~ ibunya di rumah mula terbayang;
~nya sungguh-sungguh menyenangkan;

2. keadaan luaran (seperti pemandangan dan lain-lain), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yang dapat dilihat:
~ kampung itu sudah berubah sekarang;
sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan;

berwajah
1. mempunyai (menampakkan) wajah;
~ sedih (suka, lesu, dan sebagainya);

2. mempunyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yang dapat dilihat):
sesuai dengan struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yang dikehendaki oleh tuannya;
buku lama ~ baru;

berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wajah:
masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yang ~ manusia;

mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kepada:
begitulah sastera hipermodenisme yang akan ~ sastera dunia.

wajar

1. memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dan lain-lain);
nasi ~ nasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dan lain-lain);

2. sebagaimana yang sepatutnya (bersesuaian, kena pada tempatnya, dan sebagainya), dapat diterima atau dipertahankan sebagai munasabah, seharusnya, semestinya, sepatutnya:
kaum wanita harus mendapat tempat yang ~ dalam masyarakat;
tuntutan rakyat yang ~ untuk keperluan hidup;

sewajar;
~ dengan sama halnya dengan, selaras dengan, setimbal dengan, sesuai dengan;

sewajarnya
1. memang begitu halnya (keadaannya dan lain-lain), sebenarnya (demikian), sememangnya:
sebagai seorang yang dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dengan perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan;

2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu:
pertengkaran antara puak pembangkang dengan puak kerajaan yang berlaku dalam parlimen itu sudah ~;

3. dengan begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dengan sendirinya:
jangan dihalang fikiran kanak-kanak yang tumbuh dengan ~;

4. sesuai dengan yang seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagaimana patut:
kandungan Quran itu harus difahami dengan ~;

mewajarkan menjadikan dapat diterima atau dianggap sebagai sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan dan sebagainya) wajar:
filem ini tidak berusaha untuk ~ kekuasaan kolonial bangsa kulit putih;
saya tidak nampak sebarang alasan atau hujah yang kuat yang dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi;

kewajaran perihal wajar:
perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini;
apakah ada ~ atau tidak untuk bertindak sedemikian?

wajib

[Arab]

1. hukum suruhan (dalam Islam) yang apabila dilaksanakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan berdosa, misalnya sembahyang lima waktu dan menunaikan zakat:
ada lima rukun Islam yang ~ ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam;

2. tidak boleh tidak (diamalkan, dilakukan, dan sebagainya), mesti, perlu:
orang tua ~ memberikan asuhan yang cukup kepada anak mereka;

3. sudah seharusnya (sepantasnya, sepatutnya):
kita ~ mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada orang yang telah menolong kita;
~ belajar
kemestian menuntut ilmu (belajar);
~ pajak [Indonesia] orang yang wajib membayar cukai;

sewajibnya semestinya, sewajarnya, seharusnya:
~lah mereka bersatu padu dan bekerjasama untuk mencapai kemajuan;

berwajib bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu (berkenaan (dengan) orang, institusi, dan lain-lain yang):
bantahan itu sudah disampaikan kepada yang ~;
bidang ini juga melibatkan DBP, pihak-pihak yang ~, dan orang ramai dalam menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini;

mewajibkan
1. menjadikan wajib (dilakukan, diamalkan, dan lain-lain), menjadikan kemestian, memestikan, mengharuskan:
Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut syarat dan undang yang diwajibkan ke atas seorang Islam?

2. menyerahkan tugas (kerja dan lain-lain) kepada, memestikan sesuatu kepada:
kerajaan ~ suntikan cacar;

kewajiban, kewajipan
1. sesuatu yang diwajibkan, kemestian, keharusan:
ia setia kepada suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya;

2. tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah:
kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut;

berkewajiban, berkewajipan mempunyai kewajiban (tanggungjawab), bertanggungjawab:
suamilah yang ~ mencari sara hidup.

wajik

sejenis penganan yang dibuat daripada beras pulut (gula, santan), nasi manis, pulut kacau;
~ takik wajik yang dibuat keras (supaya tahan lama);
potong ~ potongan (kuih dan lain-lain) yang berbentuk empat persegi menyerong.

wak I

panggilan kepada bapa atau ibu saudara yang tua (atau orang yang boleh dianggap bapa);

wa II.

wak III

[sastera lama];

Seri W~ Raja [sastera lama] gelaran untuk pembesar (kerajaan Melaka).