bertih I

padi yang digoreng (direndang) tanpa minyak dan dibuang kulitnya:
kemudian barulah dijamu puteri itu, ditabur ~ dan beras kunyit serta dipercik tepung tawar;
seperti ~ digoreng
= seperti ~ direndang bunyi senapang yang tidak berputusan;

membertih
1. menjadi bertih:
padi sudah mulai ~ di dalam kuali;

2. berbunyi seperti bertih digoreng:
tembakan yang ~ berlarut-larutan sehingga dinihari.

bertih II

bunga ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Antigonon spp.;
kayu ~
sejenis tumbuhan (pokok renek), seringan (laut), Dodonea viscosa.

beruang

sejenis mamalia buas (yang besar, berbulu tebal, dan berekor kontot) dalam famili Ursidae;
~ matahari, Helarctos malayanus;
~ perang, Ursus arctos;
~ putih = ~ kutub, Thalarctos maritimus;
empedu ~
sejenis tumbuhan (pokok renek), embalau, lada barau, Brucea amarissima (sumatrana).

berudu

larva katak atau kodok yang mempunyai badan yang bulat, panjang ekornya, dan insang luar;
~ besar di kubangan, buaya besar di lautan (peribahasa) tiap-tiap orang besar di tempatnya;
kerap sang ~ hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan (peribahasa) tiada berdaya mencapai yang dicita-citakan.

beruk

sejenis kera besar (dapat diajar memanjat kelapa dan memetik buahnya), Macaca nemestrina;
~ ekor singa, Macaca silenus;
~ Jepun, Macaca fuscata;
~ kentui, Macaca artoides;
~ hantar hasil
= serah ~ beguk, degum;
bagai ~ kena ipuh (peribahasa) menggeliat-geliat kerana kesakitan;
berhakim kepada ~ (peribahasa) meminta hukum kepada orang yang tamak;
bertukar ~ dengan cigak (peribahasa) menukar yang lama dengan yang baru padahal sama juga buruknya;
mabuk kerana ~ berayun (peribahasa) asyik memerhatikan sesuatu yang tidak berguna dengan menghabiskan masa.