UNIDO

akronim bagi United Nations Industrial Development Organization (Pertubuhan Pembangunan Industri Bangsa-Bangsa Bersatu).

uniform

pakaian seragam (dipakai oleh askar, polis, dan lain-lain):
pelajar-pelajar sekolah kerajaan dimestikan memakai ~ sekolah;

beruniform memakai uniform, berpakaian seragam.

unik

tidak sama dengan yang lain, lain daripada yang lain, tersendiri, luar biasa, istimewa:
justeru inilah yang membuat revolusi Indonesia itu satu revolusi yang ~;
dalam setiap tamadun ini, terdapat cara-cara yang ~ bagaimana manusia pada zaman itu menyimpan akaun dan membuat aritmetik;

keunikan perihal unik, sifat unik:
salah satu ciri kegemilangan tamadun Islam ialah ~ sistem ekonomi Islam.

unilateral

1. melibatkan sebelah pihak (satu kumpulan, negara dan sebagainya) sahaja dan tidak yang lain (berkenaan (dengan) tindakan, keputusan, pernyataan dan sebagainya):
Dewan Rakyat menyatakan kekesalan terhadap tindakan ~ negara tersebut;
negara itu tidak patut mengambil keputusan ~ tanpa melihat konteks hubungan dua hala dengan negara jiran;

2. berdasarkan satu garis keturunan sahaja, iaitu sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu):
ciri terpenting dalam sistem adat perpatih ialah susunan masyarakat yang bersendikan tradisi ~;
adat temenggung menarik garis keturunan secara ~ patrilineal.

unilateralisme

dasar atau prinsip yang membolehkan satu pihak (sebuah negara atau satu kumpulan) sahaja mengambil tindakan atau membuat keputusannya sendiri tanpa persetujuan pihak (negara atau kumpulan) yang lain:
~, perlindungan dagangan dan liberalisme politik adalah alat yang digunakan untuk mempromosikan konsep globalisasi;
penjajah Inggeris sememangnya mengamalkan ~ semasa memerintah negara ini dengan matlamat mahu orang Melayu kekal sebagai petani.

uniseks

berkaitan dengan pakaian, dandanan rambut, dan sebagainya yang boleh dipakai, digunakan, atau dilanggani oleh orang lelaki dan juga perempuan:
seluar ~;
kedai rambut ~.

unit

1. kuantiti tertentu yang dijadikan sebagai piawai ukuran (sukatan):
Ringgit Malaysia ialah ~ mata wang Malaysia;

2. sesuatu yang dianggap sebagai entiti tunggal yang lengkap:
sebanyak 20 ~ rumah kos rendah sedang dibina;

3. bahagian atau kumpulan yang mempunyai fungsi khas dalam sesuatu organisasi:
~ rawatan jantung;~ pemprosesan pusat (Komputer) bahagian komputer yang berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer;
~ rawatan rapi unit di hospital yang memberikan rawatan dan penjagaan rapi yang berterusan kepada pesakit yang berada dalam keadaan kritikal.