akronim bagi Universiti Tun Abdul Razak.
unitarisme
[Indonesia-Belanda] fahaman yang cenderung kepada negara yang berupa kesatuan.
UNITEN
akronim bagi Universiti Tenaga Nasional.
universal
meliputi seluruhnya atau semuanya (di dunia ini), sejagat:
sebenarnya seni itu ~ dan seniman itu hidupnya tidak berdaerah;
keuniversalan perihal (sifat dan sebagainya) universal:
sejarah tetap memberi perhatian kepada aspek-aspek yang lebih individualistik, ~ dikaji bersama-sama dengan keindividualan.
universalitet
[Indonesia-Belanda] keuniversilan.
universil
[Indonesia-Belanda] universal;
keuniversilan perihal universil.
universitas
[Indonesia] universiti:
U~ Indonesia.
universitet
universitas.
universiti
institusi atau pusat pengajian tinggi yang memberikan ilmu dalam pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan ilmiah, dan menganugerahkan pelbagai peringkat ijazah.
UNIX
(Komputer) sejenis sistem pengendalian berbilang tugas yang digunakan oleh kebanyakan minikomputer dan stesen kerja komputer.