[Arab] burung rajawali.
ukulele
sejenis alat muzik kecil bertali empat yang rupanya seperti gitar dan popular di Hawaii.
ukup
1. barang-barang harum (seperti kemenyan, setanggi, dan lain-lain) yang dibakar untuk mengasapi pakaian supaya berbau harum;
2. [Jakarta] membakar kemenyan (setanggi dan lain-lain);
3. [arkaik] bunga-bungaan (seperti melati, mawar, dan lain-lain) yang digunakan untuk mengharumkan teh;
4. bau-bauan yang wangi;
air ~ air wangi (untuk mengharumkan pakaian):
minyak ~ minyak wangi;
berukup
1. mengasapi diri dengan asap kemenyan (setanggi dan lain-lain) yang dibakar;
2. sudah diukup dengan asap kemenyan (setanggi dan lain-lain);
mengukup, mengukupi mengasapi pakaian dan lain-lain dengan asap kemenyan (setanggi dan lain-lain), mendupai:
Ampu Jatmaka memerintah supaya berhala gangsa itu dilulur, diukup, dan dihias;
ukupan
1. barang-barang yang wangi (seperti kemenyan, setanggi, dan lain-lain) untuk mengukup;
2. = perukupan bekas tempat membakar ukup, ceraka, pedupaan;
3. = pengukup sejenis sungkup daripada rotan dan lain-lain tempat meletakkan pakaian yang hendak diukup (di bawah sungkup itu diletakkan pedupaan).
ukur
1. alat yang digunakan untuk menyukat (untuk mengetahui panjang, lebar, dan sebagainya sesuatu), sukat (dalam kata majmuk);
ilmu ~ pengetahuan berkenaan sukat-menyukat tanah dan lain-lain;
pita ~ pita yang digunakan untuk menyukat (untuk mengetahui panjang, lebar, dan sebagainya sesuatu);
2. [Minangkabau] layak, padan, patut;
~ mata dengan telinga ki menurut apa yang didengar dan dilihat;
~ alit [sastera lama] aturan, tindakan;
~ jangka jangka waktu yang tertentu;
~ tanah menyukat tanah (untuk menentukan atau mengetahui panjangnya, luasnya, dan sebagainya);
tukang ~ jalan [kiasan] orang yang kerjanya berjalan-jalan sahaja dengan tidak menentu;
seukur
1. sama besarnya;
2. [Minangkabau] secocok, sepadan;
telah ~
a) sepadan dengan;
b) sama dengan;
c) sepatutnya, selayaknya;
d) sefaham (dengan), seia sekata;
~ berbaur, bertopang bercerai (peribahasa) jika sekata tentu bercampur (bersatu) dan jika berlainan pendapat (fikiran) tentu bercerai;
mengukur
1. mencari luas (besar, lebar, dan lain-lain) sesuatu dengan menggunakan alat-alat, menyukat:
maka sebentar-sebentar diukurnya bayang-bayang itu;
2. [kiasan] menilai dengan membandingkannya dengan yang lain, mencuba, menguji, memeriksa:
dari jalan rayalah dapat dipandang gelagat lelaki dan dapat diukur perangai lelaki;
mak tidak harus ~ segala-galanya daripada pandangan diri mak sahaja; ~ jalan ki berjalan mundar-mandir di jalan raya;
ukur baju di badan sendiri (peribahasa) tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita;
ukuran
1. alat yang digunakan untuk mengukur (seperti kayu skala, pita, dan lain-lain);
2. satuan atau unit kiraan untuk mengukur (menyukat), sukatan:
berapa panjang jalan itu dalam ~ kilometer?
3. hasil daripada mengukur, perolehan daripada mengukur;
4. besarnya (panjangnya, lebarnya, dan lain-lain), saiz:
kasut ~ besar;
5. [kiasan] sesuatu yang digunakan sebagai bandingan (pegangan, nilaian, dan lain-lain):
sastera lama tidak boleh dan tidak dapat dinilai dengan ~-~ moden;
pengukuran perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) mengukur, penyukatan:
~ bagi agama-agama ini mestilah menggunakan kayu ukur yang sama;
pengukur
1. orang yang kerjanya mengukur, juruukur, tukang sukat;
2. alat yang digunakan untuk mengukur atau menyukat (seperti kayu skala dan lain-lain).
ula-ula
[arkaik] secarik sutera (kertas dan lain-lain) yang panjang, ular-ular.
ulak
[Jakarta];
mengulak melumatkan cabai (lada) dengan lesung batu.
ulak-ulak
~ pinggang lekuk (keluk) di atas pinggang.
ulam I
1. daun-daunan atau buah-buahan mentah (seperti daun pegaga, petai, dan lain-lain) yang dimakan dengan nasi, lalap:
kami di rumah makan ~ pucuk janggus dengan sambal belacan;
2. = ulam-ulam, ulaman [kiasan] perempuan simpanan, gundik;
ulam II
~ raja sejenis tumbuhan (herba yang daunnya dibuat ulam), Cosmos caudatus.
ulama
orang yang ahli (pakar) dalam pengetahuan agama Islam:
Imam Abu Hanafiah ialah seorang ~ Islam yang terkenal;
mengulamakan menjadikan seseorang (golongan) ulama:
~ intelektual;
alim I.