ulan

~ bukit sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Lettsomia peguensis;
~ gajah
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Lettsomia maingayi;
~ jantan
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Erycibe princei;
~ pelanduk
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Merremia hederacea;
~ putih
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Aniseia martinicensis;
~ raya
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Merremia vitifolia;
~ susu
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Pueraria phaseoloides;
~ tapak pelanduk
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Merremia umbellata.

Ulanda [arkaik] Belanda.

ulang

balik pula, kembali dari permulaan, kembali semula;
cetak ~ cetak kembali, cetak sekali lagi;
~-aling
a) bolak-balik, mundar-mandir, ulang-alik;
b) tidak tetap letaknya (perahu dipukul gelombang dan lain-lain), terumbang-ambing;
~ bicara pembicaraan yang diadakan sekali lagi (di mahkamah yang lain);
~ tahun
a) hari jadi (lahir);
b) hari perayaan (tiap-tiap tahun) untuk menyambut kemerdekaan negara (sesuatu peristiwa penting);

seulang sekali (lagi);
~ tayang tayangan atau pertunjukan (filem di TV dan sebagainya) yang diulang;

ulang-ulang sejenis hiasan sanggul (daripada rangkaian bunga);

berulang
1. kembali (ke), pulang (ke):
kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi;

2. dilakukan dan lain-lain sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi:
kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi;
~ kali
kerap kali, berkali-kali;
~ kata selalu mengatakan apa-apa yang telah dikatakan;
~ kembali berlaku (terjadi dan lain-lain) lagi;
~ tahun merayakan hari ulang tahun;

berulang-ulang
1. selalu pergi balik (ulang-alik, mundar-mandir):
sahaya ~ ke rumahnya meminta wang itu;

2. kerapkali atau berkali-kali melakukan sesuatu, beberapa kali:
lagu yang baru dipelajari hendaklah dimainkan ~ supaya kanak-kanak betul-betul tahu akan lagu itu;

mengulang
1. melakukan sesuatu sekali lagi, berbuat lagi (apa yang telah dilakukan):
yang salah dihukum supaya ia tidak akan ~ kesalahannya;

2. mempelajari kembali apa-apa yang telah diajarkan, menghafal pelajaran:
tolong perhatikan supaya anak-anak ~ pelajaran mereka di rumah;

3. pergi mendapatkan, mendatangi:
terpaksalah datuk ~ isterinya yang baru itu beberapa kali dalam seminggu;
~ jejak

a) kembali melakukan apa-apa yang telah dilakukan dahulu, berbalik mengerjakan yang dahulu-dahulu;
b) berbalik kepada isterinya yang dahulu, rujuk kembali;
~ tayang menayangkan (filem di TV dan sebagainya) buat kali kedua (ketiga dan sebagainya);

mengulangi
1. = mengulang-ulang, mengulang-ulangi selalu benar melakukan (sesuatu), kerap kali mengulang:
dia ~ pertanyaannya yang masih belum berjawab;

2. = mengulang-ulangi selalu pergi ke (untuk menengok, menziarah, dan lain-lain), kerap kali mendatangi:
sejak dia menanamtebu, pegawai-pegawai pertanian selalu ~ ladangnya;

3. mempelajari kembali (apa-apa yang telah diajarkan), menghafal kembali (pelajaran):
setelah makan malam, aku duduk di meja kerja ~ pelajaran sekolah;

terulang sudah diulang(i), kembali (terjadi) lagi;

ulangan
1. sesuatu yang dilakukan lagi, sesuatu yang berlaku berkali-kali, sesuatu yang diulang (diulangi):
dalam bait syair ini, penyair mem buat permainan suara yang berupa ~ suara ut;

2. [Indonesia] sejenis ujian untuk mengetahui sejauh mana murid-murid dapat mengikuti pelajaran yang sudah-sudah;
~ umum ujian berkenaan semua mata pelajaran;

3. perbuatan datang lagi kepada, perbuatan mengulangi:
dia terus-menerus juga mengulangi gadis itu dan setiap ~nya mendapat sambutan yang memuaskan;

4. yang diulangi, yang dilakukan (disiarkan dan lain-lain) untuk kali keduanya dan seterusnya:
latihan ~ ;
siaran ~ Puspawarna;

keberulangan keadaan berulang;

perulangan
1. perihal berulang (berulang-ulang);

2. (sesuatu) yang berulang atau diulang-ulangi:
satu contoh ialah penggunaan ~;

pengulangan perihal (perbuatan dan sebagainya) mengulang (mengulangi):
ada satu lagi jenis kata ulang iaitu kata-kata yang dalam ~nya mengalami pergantian bunyi vokal atau bunyi konsonan;
~ kesalahan demikian tidak dapat dibiarkan begitu saja;

pengulang
1. orang yang mengulang (mengulangi);

2. [Indonesia] orang yang membantu memberi pelajaran kepada mahasiswa di luar kuliah.

ulang kaji

kajian semula (kembali);

mengulang kaji
1. mengulangi kajian, mengkaji semula, mempelajari kembali:
kamu hendaklah ~ pelajaran kamu dengan memakai buku-buku panduan yang lain;

2. [kiasan] meneliti kembali, memeriksai kembali:
kedua-duanya telah ~ perhubungan antara kedua-dua buah negeri;
~ dasar luar negara.

ulang-alik

kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir:
empat kali Pak Pandir dengan Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya;

berulang-alik berpergian dan kembali pula (berkali-kali), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik, berulang:
aku tahu perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam;

pengulang-alik (Kejuruteraan) peranti elektrik yang menukarkan kuasa mekanik kepada kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik.

ulap-ulap II

1. [Jakarta] melambai-lambaikan tangan untuk memanggil dan lain-lain;

2. [Jawa] meletakkan tangan pada paras kening mata seperti hendak melihat jauh (gerak-geri dalam tarian dan lain-lain).

ular I

sejenis binatang menjalar yang tidak berkaki dan kulitnya bersisik (ada yang berbisa dan ada yang tidak);
~ belerang sejenis ular laut yang berbisa, Pelamis platurus;
~ cincin emas
sejenis ular, Boiga dendrophila;
~ cindai
[sastera lama] sejenis ular;
~ kapak bakau sejenis ular, Trimeresurus purpureomaculatus;
~ katam tebu
sejenis ular, Bungarus fasciatus;
~ kepala aruan
sejenis ular, Xenopeltis unicolor;
~ kepala dua

a) sejenis ular, Cylindrophis rufus;
b) [kiasan] orang yang munafik;
~ lidi = ~ tambang sejenis ular yang kecil dan berbisa, Ahaetulla ahaetulla;
~ matahari
sejenis ular, Maticora intestinalis;
~ minum = ~ mengiang [Minangkabau] = ~ danu [Kedah] pelangi;
~ sawa sejenis ular, Python reticulatus;
~ selimpat = ~ laut biasa
sejenis ular, Enhydrina schistosa;
~ sinar matahari = ~ matahari biru
sejenis ular, Maticora bivirgata;
~ tedung
sejenis ular, Naja naja;
~ tedung abu (selar)
sejenis ular, Ophiophagus hannah;
~ bukan, ikan pun bukan
(peribahasa) seseorang yang tidak dapat ditentukan jahat atau baiknya;
~ kepala dua = sekerat ~ sekerat belut (peribahasa) orang yang tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah pendirian dan sebagainya), orang yang munafik;
~ dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipala jangan lembang = seperti memalu ~ dalam benih, ~ jangan mati, benih jangan rosak (peribahasa) menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum atau memperdamaikan orang) hendaklah dengan seadil-adilnya;
bagai ~ dengan legundi (peribahasa) perihal seseorang muda yang sangat lekat hatinya pada kekasihnya;
bagai ~ dengan orang (peribahasa) perihal dua orang bersaudara yang tiada mahu berkenalan;
biar ~ mati dan kayu tiada patah (peribahasa) binasakanlah musuh dengan tidak merosakkan diri sendiri;
jika ~ menyusur akar, tiada akan hilang bisanya (peribahasa) orang besar dan mulia itu, tidak hilang martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun;
kerosok ~ si rumpun bambu (peribahasa) jangan takut akan ancaman orang;
macam ~ kekenyangan (peribahasa) perihal seseorang yang buncit perutnya dan kerana itu jalannya tidak betul;
melangkahi ~ (peribahasa) melakukan sesuatu yang sangat berbahaya;
naga ditelan ~ lidi (peribahasa) anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan;
seperti ~ kena palu = cengkeling bagai ~ dipukul (peribahasa)
a) geliang-geliut kerana kesakitan dan marah;
b) bengkang-bengkok tidak beraturan (seperti jalan atau jahitan yang tidak lurus);
sudah tampak kaki ~ (peribahasa) telah diketahui tingkah laku seseorang yang buruk (yang dahulunya tidak diketahui);

ular-ular
1. = ularan sejenis pembuluh daripada getah, salur getah, hos;

2. carik kain (kertas, sutera) yang panjang-panjang;

mengular
1. = mengular-ular bengkang-bengkok (berkenaan (dengan) keadaan jalan dan sebagainya):
ada jalan yang ~-ular tetapi kemudiannya lurus seperti jalan ke kampung saya;

2. [kiasan] bersikap malas, suka ponteng kerja dan sebagainya:
ada segelintir pekerja yang suka ~.

ular II

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Freycinetia angustifolia;
kayu ~
sejenis tumbuhan (pokok), Strychnos ligustrina;
paku ~
sejenis tumbuhan (pakis), Pleopeltis phymatodes;

ular-ularan sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Tinospora coriacea.

ulas I

1. kain yang dijadikan sampul, sarung (bantal, tilam, dan lain-lain), kelubung:
beberapa jenis kain ~ tiang yang indah-indah;

2. kulit buah (biji dan lain-lain):
pada masa padi itu direndam dan diwapkan, setengah daripada vitamin B1 yang mudah larut itu serap masuk ke dalam ~ beras;

berulas ada ulasnya, bersarung (bantal dan lain-lain), bersampul;

mengulas, mengulasi memberi bersarung (bersampul), menyampul, menyaluti;

ulasan sarung (bantal dan lain-lain), sampul.