ukur

1. alat yang digunakan untuk menyukat (untuk mengetahui panjang, lebar, dan sebagainya sesuatu), sukat (dalam kata majmuk);
ilmu ~ pengetahuan berkenaan sukat-menyukat tanah dan lain-lain;
pita ~ pita yang digunakan untuk menyukat (untuk mengetahui panjang, lebar, dan sebagainya sesuatu);

2. [Minangkabau] layak, padan, patut;
~ mata dengan telinga ki menurut apa yang didengar dan dilihat;
~ alit [sastera lama] aturan, tindakan;
~ jangka jangka waktu yang tertentu;
~ tanah menyukat tanah (untuk menentukan atau mengetahui panjangnya, luasnya, dan sebagainya);
tukang ~ jalan [kiasan] orang yang kerjanya berjalan-jalan sahaja dengan tidak menentu;

seukur
1. sama besarnya;

2. [Minangkabau] secocok, sepadan;
telah ~
a) sepadan dengan;
b) sama dengan;
c) sepatutnya, selayaknya;
d) sefaham (dengan), seia sekata;
~ berbaur, bertopang bercerai (peribahasa) jika sekata tentu bercampur (bersatu) dan jika berlainan pendapat (fikiran) tentu bercerai;

mengukur
1. mencari luas (besar, lebar, dan lain-lain) sesuatu dengan menggunakan alat-alat, menyukat:
maka sebentar-sebentar diukurnya bayang-bayang itu;

2. [kiasan] menilai dengan membandingkannya dengan yang lain, mencuba, menguji, memeriksa:
dari jalan rayalah dapat dipandang gelagat lelaki dan dapat diukur perangai lelaki;
mak tidak harus ~ segala-galanya daripada pandangan diri mak sahaja;
~ jalan ki berjalan mundar-mandir di jalan raya;
ukur baju di badan sendiri (peribahasa) tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita;

ukuran
1. alat yang digunakan untuk mengukur (seperti kayu skala, pita, dan lain-lain);

2. satuan atau unit kiraan untuk mengukur (menyukat), sukatan:
berapa panjang jalan itu dalam ~ kilometer?

3. hasil daripada mengukur, perolehan daripada mengukur;

4. besarnya (panjangnya, lebarnya, dan lain-lain), saiz:
kasut ~ besar;

5. [kiasan] sesuatu yang digunakan sebagai bandingan (pegangan, nilaian, dan lain-lain):
sastera lama tidak boleh dan tidak dapat dinilai dengan ~-~ moden;

pengukuran perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) mengukur, penyukatan:
~ bagi agama-agama ini mestilah menggunakan kayu ukur yang sama;

pengukur
1. orang yang kerjanya mengukur, juruukur, tukang sukat;

2. alat yang digunakan untuk mengukur atau menyukat (seperti kayu skala dan lain-lain).

berkongsi