ubah I

kelainan (dengan yang lain), beza, lain;
tak ~ sama benar dengan, tidak ada bezanya;

berubah
1. berbeza (daripada keadaan dan sebagainya yang asal atau yang semula jadi), menjadi lain:
dia telah ~ daripada seorang yang gembira menjadi seorang yang pendiam;
penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka;

2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar:
suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap;

3. tidak seperti biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dan lain-lain):
~ air mukanya apabila dia mendengar pertanyaanku itu;

4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kepada bertukar menjadi (sesuatu yang) lain:
kertas akhbar yang lama ~ menjadi kuning;

5. [Perak] beralih (tempat dan lain-lain), berpindah (dari yang dahulu), bertukar (arah dan lain-lain):
~ dari sini kamu, Mat Som;
~ akal
= ~ fikiran = ~ ingatan menjadi gila;
~ hatinya (pendapatnya, niatnya) tidak seperti biasa atau seperti dahulu lagi hatinya (pendapatnya, niatnya);
~ muka bertukar air muka(nya);

berubah-ubah sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dan lain-lain):
cerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si penceritanya;

mengubah
1. berubah, menjadi lain:
cara hidupnya telah ~ daripada cara hidup nenek moyangnya;

2. menjadikan berlainan atau berbeza daripada yang asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kepada yang lain:
kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita;
Chomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu;

3. menjadikan lebih baik (daripada yang semula jadi, yang asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yang kurang baik dan lain-lain):
Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya;
kanak-kanak yang baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dengan tiba-tiba;

4. menyusun semula (cerita, karangan, dan lain-lain), mengolah kembali;

5. tidak menepati (janji, sumpah, dan lain-lain), tidak mematuhi (peraturan, adat, dan lain-lain), melanggar (adat dan lain-lain), menyalahi:
sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya daripada adat purbakala, jikalau barang siapa ~ atau memecahkan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yang tua-tua;

6. [bahasa percakapan] memindahkan ke tempat lain (benih semaian dan lain-lain), mengalihkan:
benih padi disemai dalam bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dalam bulan Ogos;

7. mengalih (arah dan lain-lain) dari yang asal atau semula, menukar arah dan sebagainya:
pandangan itu kemudiannya diubah ke muka bapanya;
~ setia
mengalih kesetiaan kepada orang lain;
~ janji memungkiri janji;
~ langkah ki menukar cara hidup;

mengubahkan menjadikan (menyebabkan) berubah, menjadikan berlainan atau berbeza (daripada yang asal atau sebelumnya), menukarkan:
hendaklah kamu berdua jangan ~ setia kamu kepada anakku berdua;

memperubahkan menjadikan berlainan, memperbezakan, memperlainkan;

terubah sudah (dapat) diubah;

ubahan (sesuatu) yang sudah diubah atau berubah, (sesuatu) yang berlainan daripada yang asal atau semula;

ketakberubahan keadaan yang tidak berubah;

perubahan perihal berubah, peralihan, pertukaran:
dalam jangka waktu enam bulan ini, banyak ~ yang telah berlaku;

pengubahan perihal mengubah (mengubahkan), pengalihan, penukaran (kpada sesuatu yang lain):
begitulah cara ~ politik dilakukan melalui tindakan yang negatif;

pengubah orang dan lain-lain yang mengubah (mengubahkan).

ubah II

~ paya = kayu ~ sejenis tumbuhan (pokok renek), pokok kerenam, Glochidion arborescens;
~ putih
sejenis tumbuhan (pokok), gedari rawang, hujan panas putih, pokok mancung, Glochidion glomerulatum.

ubah suai

mengubah suai membuat perubahan dan sebagainya pada sesuatu supaya menjadi sesuai dengan sesuatu keadaan (keperluan, kegunaan, dan sebagainya):
~ bangunan lama;
~ sistem dan kaedah lama supaya dapat memenuhi keperluan keadaan sekarang;

ubah suaian sesuatu yang telah diubah suai, hasil daripada mengubah suai;

pengubahsuaian perihal (perbuatan, kerja, proses, dan sebagainya) mengubah suai:
biasanya beberapa ~ berlaku oleh sebab timbulnya persoalan baru dalam menangani kata masukan tertentu, yang tidak terduga atau tertelah pada pringkat awal penentuan sistem;
penyusunan semula dan ~ istilah-istilah yang telah digubal dan dicipta pada tahap awal perkembangan bahasa;

pengubah suai bahan atau alat untuk mengubah suai sesuatu:
~ yang biasa dicampurkan untuk memelihara kekerasan permukaan tuangan ialah fluorida dan siliko-fluorida.

ubai

~ itik = ubai-ubai sejenis tumbuhan (herba), daun balam, gubai, pokok kedudu paya, rubai, Pouzolzia zeylanica.

uban I

rambut yang sudah putih (atau mulai menjadi putih):
orangnya sudah tua juga, ada ~ sedikit di kepalanya; ~ tahi harimau rambut uban yang berbelak-belak hitam;

beruban
1. mempunyai uban (rambut putih), menjadi putih (berkenaan (dengan) rambut seseorang):
lama-lama besok engkau ~ dan rabun sebab membaca buku saja;

2. [kiasan] sudah lanjut umurnya, sudah tua (sehingga terdapat uban pada rambut):
dari muda sampai ~ pun masih belum berubah perangai engkau;

3. [kiasan] sudah lama dalam sesuatu pekerjaan, sudah lama memegang sesuatu jawatan;
sudah ~ baru berguam (peribahasa) perihal orang tua yang tingkah lakunya seperti orang muda;

menguban
1. menjadi uban, memutih (rambut);

2. menyerupai uban;

3. = mengubani mencabut uban;

4. sudah usang (pakaian dan lain-lain);

ubanan [Jakarta]

1. ada ubannya, beruban;

2. dalam kesusahan, kesempitan;

pengubanan proses terbitnya uban, proses (rambut) menjadi uban:
bahan itu boleh me ngelakkan ~ sebelum matang.

ubang

mengubang [arkaik] membuat takuk pada batang kayu yang ditebang (supaya ia tumbang ke arah yang tertentu).