wak I.
uak II
bunyi seperti bunyi kerbau (katak dan lain-lain);
menguak mengeluarkan bunyi seperti bunyi kerbau (katak dan lain-lain):
kambing mengembek, kerbau~;
uak-uak
burung ~ sejenis burung, ayam-ayam, Amaurornis pheonicurus chinensis.
uakan
bunyi uak:
seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu.
uan I
wan.
uan II
[arkaik] uban.
uanda
[arkaik] [bahasa halus] pak tua atau mak tua.
uap I
wap.
uap II
menguap membuka mulut luas-luas dengan mengeluarkan udara (kerana mengantuk dan lain-lain);
kuap I.
uar
uar-uar pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat;
menguar, menguar-uar berteriak-teriak memberitahu kepada orang ramai;
menguarkan, menguar-uarkan
1. meneriak-neriakkan sesuatu untuk memberitahu orang ramai, mengumumkan (memberitahukan) sesuatu dengan suara yang kuat;
2. [kiasan] menghebahkan atau menyiar-nyiarkan khabar (berita dan lain-lain):
sejak agama Tuhan masuk ke mari, adat lama pusaka usang yang diuar-uarkan Belanda itu tidak ada lagi;
penguaran pengumuman (pemberitahuan) kepada umum.