tusuk

barang yang runcing lagi tajam untuk mencucuk (penyemat, jarum, dan lain-lain), cucuk, pencucuk;
~ kundai cucuk (penyemat) sanggul;

menusuk
1. mencucuk dengan barang yang tajam, mencucuk hingga tembus:
mereka harus menurut sahaja seperti unta yang telah ditusuk hidungnya;

2. melukai dengan senjata tajam, menikam:
tiba-tiba ditusuknya dengan pisau yang putih matanya;

3. = menusuk-nusuk menjadikan orang marah, memanaskan hati orang, menghasut:
menusuk-nusuk orang;

4. [kiasan] masuk ke dalam, meresap:
kesejukan akan ~ ke tulang kalau kipas itu bertambah ligat;
~ hati
[kiasan] menyakiti (menyakitkan) hati;

menusukkan
1. mencucuk sesuatu pada, menembuskan (dengan barang yang tajam);

2. menanamkan sesuatu (yang tajam) pada, menikamkan:
secepat kilat puntung itu ditusukkannya ke muka Pandekah;

tertusuk tertikam, tercucuk:
besi tajam yang terpasang itu ~ pada perut kerbau itu;
~ hati
berasa tersinggung atau sakit hati;

tusukan
1. hasil atau akibat menusuk, tikaman:
ia telah dijumpai terbunuh di antara batu-batu bukit Tragan kerana ~ pedang di rusuknya;
~ jarum-jarum halus ini sebenarnya tidak sakit;

2. hasutan:
masakan orang tuanya mahu mendengar ~ Engku Baginda Mais!

tut

hasil daripada mencantumkan tunas daripada satu pokok pada pokok yang lain yang sama jenisnya (supaya menjadi pokok yang lebih baik):
rambutan ~;

mengetut mencantumkan tunas daripada satu pokok pada pokok yang lain (untuk mendapatkan baka yang lebih baik);

pengetutan perihal (kerja) mengetut;

pengetut orang yang menjalankan kerja mengetut.

tutu II

1. pakaian sendat yang dipakai bersama skirt pendek yang keras oleh penari balet wanita;

2. sejenis skirt pendek dan keras yang dipakai oleh penari balet wanita.

tutuh

menutuh
1. memotong dahan atau cabang kayu, memangkas, mencantas:
ia sedang ~ dahan-dahan nangka;

2. [sastera lama] memecahkan perahu dan lain-lain untuk diambil kayunya:
maka apabila sampai ke Siantan, maka kici itu pun ditutuhnya dibuat penjajap perang;

3. [bahasa kasar] melakukan sesuatu yang umumnya kurang baik (makan suap dan lain-lain);

4. [bahasa kasar] memukul, menumbuk;
rimbun-rimbun ditutuh, semak-semak disiangi (peribahasa) barang sesuatu hendaklah dijaga baik-baik supaya sentiasa selamat.