tusuk

barang yang runcing lagi tajam untuk mencucuk (penyemat, jarum, dan lain-lain), cucuk, pencucuk;
~ kundai cucuk (penyemat) sanggul;

menusuk
1. mencucuk dengan barang yang tajam, mencucuk hingga tembus:
mereka harus menurut sahaja seperti unta yang telah ditusuk hidungnya;

2. melukai dengan senjata tajam, menikam:
tiba-tiba ditusuknya dengan pisau yang putih matanya;

3. = menusuk-nusuk menjadikan orang marah, memanaskan hati orang, menghasut:
menusuk-nusuk orang;

4. [kiasan] masuk ke dalam, meresap:
kesejukan akan ~ ke tulang kalau kipas itu bertambah ligat;
~ hati
[kiasan] menyakiti (menyakitkan) hati;

menusukkan
1. mencucuk sesuatu pada, menembuskan (dengan barang yang tajam);

2. menanamkan sesuatu (yang tajam) pada, menikamkan:
secepat kilat puntung itu ditusukkannya ke muka Pandekah;

tertusuk tertikam, tercucuk:
besi tajam yang terpasang itu ~ pada perut kerbau itu;
~ hati
berasa tersinggung atau sakit hati;

tusukan
1. hasil atau akibat menusuk, tikaman:
ia telah dijumpai terbunuh di antara batu-batu bukit Tragan kerana ~ pedang di rusuknya;
~ jarum-jarum halus ini sebenarnya tidak sakit;

2. hasutan:
masakan orang tuanya mahu mendengar ~ Engku Baginda Mais!

berkongsi