ukuran panjang yang bersamaan dengan 12 kaki atau 3.6 meter, cengkal.
tombak III
sejenis tumbuhan (herba), akar sembuh, Blumea chinensis.
tomboi
[bahasa percakapan] anak perempuan yang berkelakuan kelaki-lakian (mis, suka memakai pakaian lelaki, lasak, dan sebagainya).
tombok
[Jakarta]
1. terpaksa menambah wang (kerana kekurangan dan lain-lain);
2. wang yang ditambahkan (kerana kekurangan dan lain-lain);
3. wang upah kepada penari perempuan (tandak) ketika mengebeng.
tombol I
1. benjol, bincul, tonjol (pada kulit orang, binatang, kayu), tonjol pada gong dan lain-lain:
di sisi tulang belikat ada suatu ~ ;
2. pemutar atau pembuka (pada mesin, pintu, dan lain-lain);
~ pintu pemutar atau pemegang untuk membuka pintu.
tombol II
(ikan) ~ mas sejenis ikan laut, Germo sibi.
tombola
sejenis permainan loteri (seperti melepaskan gelang rotan dan lain-lain).
tombong I
sombong;
bagai ayam ditombong kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi (peribahasa) perihal orang yang bercakap besar dan terdengar ke mana-mana tetapi kaumnya sendiri dalam kehinaan dan kemelaratan.
tombong II
tomong.
tomigan
sejenis mesingan kecil yang mudah alih dan ringan.