sejenis radiografi atau teknik yang digunakan untuk menghasilkan gambar foto X-ray keratan satah tertentu tubuh manusia atau objek lain.
tomoi
sejenis tinju di kalangan masyarakat Siam yang peninjunya boleh menggunakan kaki untuk menendang lawan.
tomong
sejenis meriam kecil.
tompel
[Jakarta] bekas luka atau hitam di muka dan lain-lain.
tompok
1. kumpulan yang tidak begitu besar, kelompok kecil;
2. longgokan yang kecil, timbunan:
se~ rambutan;
3. bintik besar yang bulat (pada binatang dan lain-lain):
atap zinknya sudah merah berkarat, hanya ada sedikit sahaja ~-~ putihnya;
bertompok-tompok
1. berkelompok-kelompok:
anak-anak muda ~ duduk di atas pasir;
2. bersusun-susun, bertimbun-timbun:
buku yang ~;
3. tidak rata (warna dan lain-lain), setempat-setempat, berbintik-bintik besar:
anak kambing yang berwarna coklat ~ putih;
4. [kiasan] bertimbun-timbun, banyak sekali;
menompokkan
1. meletakkan bersusun-susun, melonggokkan;
2. mengumpulkan banyak-banyak, menimbun-nimbunkan;
tertompok tersusun bertindih-tindih, terkumpul banyak-banyak;
tompokan longgokan, timbunan;
penompokan perihal (proses, perbuatan, tindakan dan sebagainya) menompokkan.
tomtom
[arkaik] tamtam II.
tomyam
sup masam pedas daripada aneka campuran daging, udang, sayuran, dan lain-lain yang berasal dari Siam.
ton I
1. (Seni Muzik) laras bunyi;
2. (Seni Muzik) kualiti bunyi;
3. darjah kecerahan warna.
ton II
[Indonesia-Belanda] satu ratus ribu Rp.
tonceng
[Minangkabau];
menonceng melemparkan barang kecil (yang dipegang dengan ibu jari dan telunjuk).