tohor

1. tidak dalam, cangkat, tohor, dangkal:
sungai yang ~;

2. [Minangkabau] tidak berair kerana ditimba dan lain-lain, hampir kering;

3. [Minangkabau] habis (wang dan lain-lain);
kapur ~ kapur hidup;
~-~ sealahan (peribahasa) tiap-tiap kerja itu hendaklah diselesaikan satu-satu (selesai satu barulah dibuat yang lain);

bertohor [Minangkabau] berkering;
tidak ~ kaki (kain) sentiasa sibuk bekerja;
~ air liur sudah banyak memberi nasihat tetapi tidak juga berkesan;

menohorkan
1. [Minangkabau] mengeringkan;

2. membawa ke tempat yang tohor (cangkat, cetek);

ketohoran
1. perihal tohor, kekeringan;

2. [kiasan] kehabisan (wang dan lain-lain).

tojah

[Kedah];

menojah menjolok, menikam;

tertojah terjolok, tertikam;
~ duri terkena duri.

tojok

bola ~ sejenis permainan memukul bola-bola dengan kayu (di atas meja), biliard;

menojok
1. menyodok;

2. meninju, menonjok.

tok

tok-tok
1. bunyi seperti bunyi pukulan dua keping buluh (Cina penjual mi dan lain-lain);
mi ~ mi yang dijaja dengan membunyikan tok-tok;

2. tong-tong.

tokak I

sejenis penyakit kulit, borok;
bagai ~ lekat di kening (peribahasa) malu yang tidak dapat disembunyikan;
bagai rupa ~ dibasuh (peribahasa) sangat buruk rupa;

bertokak menghidap tokak.