sejenis minuman yang memabukkan (dibuat daripada nira nyiur yang dimasamkan);
kaki ~ orang yang kuat minum todi;
mabuk ~ mabuk kerana minum todi.
todong
[Jakarta];
menodong mengarahkan senjata kepada (untuk mengancam):
perempuan itu ditodong dengan pistol oleh laki-laki yang masuk tadi;
menodongkan mengarahkan (senjata seperti pistol dan lain-lain) kepada, mengacukan kepada:
ia ~ pistolnya kepada saya.
Toechew suku kaum Cina yang berasal dari selatan Shantou, tenggara China, dan tinggal di merata tempat di dunia.
TOEFL
[kependekan] Test of English as Foreign Language (Ujian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing).
tofi
sejenis gula-gula keras dan lekit, biasanya berwarna perang yang dibuat daripada campuran gula, mentega dan sebagainya yang dimasak.
toga
sejenis baju labuh yang lebar lengannya (sebagai pakaian rasmi mahaguru, hakim, dan lain-lain).
togak
[Kelantan] sejenis gergaji (tangan) yang pendek.
togal
sejenis pasak (baji) untuk menetapkan ikatan (tali dan lain-lain).
togan
[arkaik];
menogan melontarkan (guli, gundu, dan lain-lain) menuju ke sasarannya.
togel
tidak berekor:
ayam ~;
menogelkan memotong ekor;
= dogel.
togog
= togok II