TKO

[kependekan] technical knockout (iaitu keputusan memberhentikan perlawanan tinju oleh pengadil apabila salah seorang peserta tidak lagi berdaya untuk meneruskan perlawanan, dan mengisytiharkan kemenangan kepada lawannya):
beliau yang tewas melalui ~ dalam pusingan ke-11 kelmarin tetap ghairah untuk menghadapi perlawanan ulangan.

Tl simbol kimia bagi talium.

toaha

[Cina] kain kecil yang dililit di lengan baju (sebagai tanda bersedih dan lain-lain).

tobak

[arkaik];
bertobak berpepat atau berkerat kuku (yang pertama sekali);

menobak memepat (mengerat) kuku.