tohor

1. tidak dalam, cangkat, tohor, dangkal:
sungai yang ~;

2. [Minangkabau] tidak berair kerana ditimba dan lain-lain, hampir kering;

3. [Minangkabau] habis (wang dan lain-lain);
kapur ~ kapur hidup;
~-~ sealahan (peribahasa) tiap-tiap kerja itu hendaklah diselesaikan satu-satu (selesai satu barulah dibuat yang lain);

bertohor [Minangkabau] berkering;
tidak ~ kaki (kain) sentiasa sibuk bekerja;
~ air liur sudah banyak memberi nasihat tetapi tidak juga berkesan;

menohorkan
1. [Minangkabau] mengeringkan;

2. membawa ke tempat yang tohor (cangkat, cetek);

ketohoran
1. perihal tohor, kekeringan;

2. [kiasan] kehabisan (wang dan lain-lain).

berkongsi