tipis

1. tidak tebal, nipis (barang pipih seperti kertas, kaca, dan lain-lain):
bajunya daripada kain ~;

2. kurang tebal lapisannya (berkenaan (dengan) cat dan lain-lain):
ia memakai bedak sedikit, ~, hampir tidak kelihatan;

3. kurang padat (berkenaan (dengan) asap, awan, dan lain-lain):
cuaca petang amat baik, awan putih ~ melindungi matahari;

4. kurang terang (tulisan):
tulisannya ~;

5. sedikit sahaja (tidak besar), hampir tidak ada:
harapan kita untuk melahirkan penulis-penulis yang agung dengan karya-karya yang besar agak ~ ;
kemungkinan tercapainya keamanan yang berkekalan sangat ~;

6. sangat sedikit, tinggal sedikit:
tidak sedar duit ~ di saku kerana asyik berjoli;
mendapat keuntungan ~
mendapat keuntungan yang sangat sedikit;
~ bibirnya = bibirnya ~ ki
a) pandai (suka) berkata-kata;
b) mudah berkata yang bukan-bukan, lancang mulut, cerewet;
~ telinga lekas naik radang (oleh kata-kata yang membangkitkan kemarahan);

menipis
1. menjadi tipis;

2. makin berkurang (menjadi sedikit, menghilang, dan lain-lain):
harapannya mencapai cita-citanya makin ~;
kabus di puncak bukit di kampung itu kian ~;

menipiskan menjadikan tipis (berkurang, hampir habis, dan lain-lain):
~ getah dengan mesin;
perbuatan curangnya ~ kepercayaan orang terhadapnya;

ketipisan perihal atau keadaan tipis, perihal sedikit sahaja terdapatnya sesuatu:
~ minat;

penipisan (proses atau perbuatan) menipis atau menipiskan:
tetroflurokarbon menyebabkan ~ lapisan ozon.

tipografi

(Percetakan)
1. kerja atau proses menyusun dan menyediakan bahan bertulis untuk pencetakan;

2. gaya, bentuk susunan, dan rupa sesuatu bahan bercetak.

tipologi

kajian tentang tipa (model, jenis, golongan, dan sebagainya) atau tentang pertalian antara tipa serta sifat atau perwatakan yang terdapat (pada setiap tipa).

tipu

perbuatan curang atau kata-kata dusta untuk menyesatkan orang, kecoh, muslihat;
~ daya (helah, muslihat, belit) berbagai-bagai tipu (perbuatan memperdaya);
~ semu tipu daya;
~ Acheh gurindam Barus (peribahasa) tipu muslihat yang halus dan licin;

menipu mengenakan tipu, memperdaya, mengecoh:
ia dituduh ~ orang ramai dengan menjual barang-barang palsu;
ditipu tegak-tegak
ditipu benar-benar;

tertipu (telah) ditipu;

tipuan perihal menipu, tipu:
banyak orang yang hidup sengsara akibat kemiskinan dan ~ orang;

penipuan
1. perbuatan menipu:
sukatan dan ukuran piawai dapat mencegah ~;

2. perkara (kejadian) menipu:
berbagai-bagai cerita tentang ~ telah dilaporkan kepada polis;

penipu orang yang menipu.

tipus

sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), kelumpang, nyamuk, medang berhulu, menggading, Meliosma elliptica.

tirah

1. pergi ke tempat lain (untuk berubat dan lain-lain);

2. pergi mengungsi;

petirahan tempat untuk berubat atau untuk beristirahat supaya pulih kesihatan;

= tetirah.

tirai

1. kain yang berumbai-umbai tepinya (perhiasan langit-langit tempat tidur atau tempat duduk pengantin dan lain-lain):
kerja menghias pentas persandingan, langit-langit, ~, hamparan sudah siap;

2. kain yang dipasang labuh hingga ke lantai (untuk menutup pintu, menyekat ruang, dan lain-lain), tabir:
~ ini membahagikan ruang tengah menjadi dua buah bilik;
~ belakang
latar belakang (sesuatu perbuatan, perkara, dan lain-lain);
~ besi garis (sempadan) yang mengasingkan negara-negara blok komunis dengan negara-negara blok lain;
~ kelambu kelambu tempat tidur;
~ -mirai berbagai-bagai jenis tirai;

bertirai berpasang tirai, bertabir:
pentas itu belum ~;

bertiraikan menggunakan sesuatu (kain dan sebagainya) sebagai tirai, bertabirkan:
ruang itu ~ sehelai kain yang besar.

tirak

sejenis tumbuhan (pokok), beras-beras, betutu, ceremai burung, jerak, jerak merah (putih), kelantang, Eurya japonica (acuminata).