tinjau II

~ belukar
a) sejenis tumbuhan (pokok renek), ulai-ulai, Greenia corymbosa;
b) sejenis tumbuhan (pokok), cemantung jantan, derumun hitam, jambu arang, medang kelawa (mendung, musang), Elaeocarpus paniculatus;
c) [kiasan] menarik dipandang dari jauh tetapi tidak menarik jika dipandang dari dekat (berkenaan (dengan) seseorang):
dia ~ belukar sahaja, apabila dekat tidaklah secantik manapun.

tinju

1. genggaman tangan (seperti hendak menumbuk), penumbuk:
kalau kau menghina aku, ~ku akan segera tiba di hidungmu;
adu ~
[Indonesia] = bermain ~ = peraduan (perlawanan) ~ perlawanan tumbuk-menumbuk;
ahli (jago) ~ ahli dalam perlawanan tinju;

2. pukulan (tumbukan) dengan genggaman tangan:
kepalanya benjol-benjol kena ~ beberapa orang yang menyerangnya;

bertinju bertumbuk;

meninju memukul dengan tinju, menumbuk:
setelah tertangkap ia ditinju, ditendang-tendang, dimaki-maki lalu diseret ke balai polis;

meninjukan ~ tangan menggenggam (mengepal) tangan;

pertinjuan perihal bertinju;

peninju
1. tinju, penumbuk:
~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi;

2. orang yang meninju;

petinju orang yang berlawan tinju, ahli tinju:
ia bangga benar seperti ~ yang menang di gelanggang.

tinta

dakwat, mangsi:
dicecahkannya pena itu ke dalam ~ lalu ditulis namanya pada sekeping kertas;~ cetak sejenis dakwat untuk mencetak buku dan lain-lain;
~ emas dakwat yang berwarna seperti warna emas.

tinting I

meninting
1. mengetuk (menghempaskan) wang logam hingga berbunyi (kerana hendak menguji palsu atau tidak);

2. menggoncang-goncang nyiru dan lain-lain untuk memilih beras dan lain-lain, mengetuk-getuk ayakan dan lain-lain untuk menapis tepung;

3. [kiasan] meneliti (menapis, menimbang) salah benar atau buruk baik dan lain-lain sesuatu:
setelah ~ dan menimbang, ia rasa sudah sampai masanya ia menerangkan segala-galanya;

tintingan tapisan, ayakan (pengayak).

tintir

sejenis lampu minyak tanah, pelita:
cahaya ~ di situ tidak berapa terang.

Tionghoa (orang) Cina;
bahasa (bangsa) ~ bahasa (bangsa) Cina.

tip I

1. sedikit wang atau upah tambahan yang diberikan kepada seseorang, misalnya pelayan hotel, sebagai tanda menghargai khidmatnya:
baki wang membeli rokok itu diberikannya kepada budak itu sebagai ~;

2. maklumat dalaman yang sangat berguna, terutamanya berhubung dengan pasaran saham, lumba kuda dan sebagainya;

3. [bahasa percakapan] petua tentang sesuatu seperti kecantikan, kesihatan dan masak-memasak.