tiram I

sejenis lokan (binatang berkulit kapur) yang boleh dimakan isinya;
jenis-jenisnya:
~ bakau, ~ batu, ~ kera, dan lain-lain;

petiraman tempat longgokan tiram.

tirani

corak pemerintahan yang zalim (oleh pemimpin negara, puak, dan lain-lain) yang menggunakan kekuasaan sesuka hati.

tiras

guntingan benang (kain dan lain-lain), benang yang berjurai-jurai pada tepi kain dan lain-lain;

bertiras-tiras berbenang-benang pada tepinya (kain dan lain-lain yang sudah lama digunakan).

tiri

(anak, bapa, ibu) yang tidak ada perhubungan darah, bukan (anak, bapa, ibu) sendiri.

tiris

1. bocor (atap, perahu, bekas air, dan lain-lain):
bumbung rumahnya ~;
dijahit layar mana yang robek, biduk ditambal mana yang ~;

2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik:
air dalam tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu;
air digenggam tiada ~
(peribahasa) sangat berhati-hati mengeluarkan wang;

tirisan tempat yang tiris;

ketirisan kebocoran:
~ atap rumah;
~ rahsia.

tirjup

burung ~ sejenis burung, burung balai, burung papak, Lanius spp.;
~ rimau, Lanius tigrinus;
~ rimba, Lanius bucephalus;
~ tanah, Lanius cristatus.

tiroid

kelenjar
~ (Biologi) organ (terletak di bahagian hadapan leher) yang mengeluarkan sejenis hormon untuk mengawal kadar pertumbuhan badan.