taram III.
temarang
terang.
temas-temas
1. mengubati orang sakit (kerana keteguran hantu dan lain-lain) dengan memapas hantu;
2. menilik nasib dengan menggunakan kunyit.
temasya
1. peristiwa yang kelihatan, pertunjukan, tontonan:
beliau akan menyampaikan hadiah kepada yang berjaya pada akhir ~ sukan tersebut;
2. pemandangan yang menarik hati, keindahan alam:
baginda belayar mengembara ke sebelah barat melihat ~ negeri-negeri orang;
bertemasya pergi mengembara untuk menghiburkan hati (melihat-lihat pemandangan yang indah-indah dan lain-lain):
~ ke pulau yang indah dan permai.
temat [Kelantan];
sirih ~ sirih sekapur, sirih setampin.
tematu
sangat keras (buah-buahan), kematu;
tembatu I.
temayun
ayun-~;
ayun.
temba
[Kelantan];
menemba melanggar, merempuh.
tembadau
sejenis seladang (terdapat di Borneo), Bos javanicus lowi.
tembaga I
= ~ merah sejenis logam berwarna merah dan digunakan untuk membuat dawai (periuk dan lain-lain);
~ kuning aloi daripada tembaga dan zink, kuningan, loyang;
~ perunggu aloi daripada tembaga dan timah, gangsa;
~ putih<
tembaga II
bunga ~ suasa sejenis tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bawang hutan (tanah, tembaga), melung, (se)landap, Crinum asiaticum;
daun ~ suasa sejenis tumbuhan (pokok renek), dawai-dawai, dedawai (betina), itah tembaga, rancang besi, tampang besi, tongkat ali, Smilax callophylla;
rumput ~ jantan sejenis tumbuhan (rumput), Ischaemum muticum.