tembak I

~ gawar bedilan yang dilepaskan ke udara (sebagai amaran);
hukum ~ hukum bunuh dengan cara dibedil;
kena ~ kena bedilan dengan senjata api;
~ yang beralamat, tujuan yang bermaksud (peribahasa) tiap-tiap perbuatan ada maksudnya;

bertembak-tembakan berbalas tembak, saling membedil:
maka berperanglah Seri Udara dengan Peringgi terlalulah ramai bunyinya ~, bunyi meriam seperti halilintar membelah;

menembak
1. melepaskan bedilan dengan senjata api (senapang, pistol, dan lain-lain), melepaskan bedilan ke arah (seseorang atau sesuatu), membedil:
seorang pun tidak berani ~ harimau yang ganas itu;

2. [Indonesia] menyepak bola ke arah gol (dalam permainan bola sepak);

3. [kiasan] berbuat bohong, membohongi;
~ jatuh menembak sesuatu (seperti kapal terbang dan lain-lain) dan menyebabkannya jatuh (terhempas dan sebagainya);
~ mati menembak dan menyebabkannya mati;

tembak-menembak saling menembak, bertembak-tembakan:
menghentikan ~;

menembaki menembak beberapa kali (pada), sering kali menembak pada;

menembakkan
1. melepaskan peluru senjata api, menembak dengan:
kapal-kapal terbang itu telah ~ roket ke atas askar musuh;

2. menendang bola ke arah gol;

tertembak ditembak, kena tembak:
dalam pertempuran itu seorang mata-mata telah ~ mati;

tembakan hasil menembak, letusan senjata api dan lain-lain:
kami telah terbangun kerana ada ~;

penembakan perbuatan menembak:
laporan mengenai ~ di masjid al-Aqsa pada bulan April ini memberi bukti lanjut kepada pelaporan yang berat sebelah;

penembak
1. orang yang menembak;

2. alat (senjata) untuk menembak;
~ curi orang yang menembak musuhnya secara sembunyi-sembunyi atau dari tempat yang terselindung, biasanya dari jarak yang agak jauh;
~ tepat orang yang cekap menembak sesuatu sasarannya dengan tepat.

tembak II

[Minangkabau] tuju, arah, maksud;

menembak
1. mengarahkan kepada, memaksudkan, menuju;

2. [kiasan] menyambar (petir).

tembakau

1. sejenis tumbuhan (herba yang daunnya dikeringkan dan diracik tipis-tipis untuk dibuat rokok, cerut, dan lain-lain), Nicotiana tabacum;

2. racikan daun tembakau yang telah dikeringkan (untuk membuat rokok, cerut, sugi, dan lain-lain);
~ belati = ~ tin tembakau yang diimport;
~ hutan sejenis tumbuhan (pokok yang daun dan akarnya dibuat ubat), Solanum verbascifolium;
~ Jawa
tembakau dalam negeri;
~ kerosok daun tembakau yang telah dikeringkan;
~ lempeng(an) tembakau yang berkeping-keping tipis;
~ sek tembakau yang sangat halus hirisannya;

pertembakauan perusahaan memproses tembakau.

tembang I

[Jawa]

1. sejenis karangan berangkap (syair dan lain-lain) yang dinyanyikan, nyanyian;

2. puisi;

menembang menyanyikan (melagukan) tembang.

tembangau

sejenis tumbuhan (pokok), teremung betina (jantan), jeruman, kayu tengah, medang kenyat, rosok, samak tebangan, temangau (jantan), tempunai, Glochidion superbum.