barang tenun (kain putih, sutera, dan lain-lain);
kilang ~ kilang barang-barang tenun;
kedai ~ kedai barang-barang tenun.
tekstur
jalinan bahagian-bahagian yang halus sesuatu benda (seperti jalinan serat pada kain, jalinan butir-butir halus tanah, dan sebagainya), daging (kain, buah, dan lain-lain):
tanah perlu diadun semula untuk memperoleh ~ dan kesuburan yang sesuai.
tekte
[Cina] wang kunci, wang pendahuluan.
tektek
~-bengek;
tetek II.
teku
tidak lekas putus asa, rajin, tekun;
sedikit-sedikit ~ , lama-lama menjadi bukit (peribahasa) kalau kita berhemat sedikit-sedikit, lama-lama simpanan menjadi banyak juga.
tekua
baju ~ sejenis baju.
tekuk I
bertekuk berlipat (kulit dan lain-lain), berkedut, berkeluk;
~ lutut
a) berlipat lutut;
b) [kiasan] tunduk (kpada musuh dan lain-lain), mengaku kalah, tewas;
~ tangan
a) berpeluk tangan (tubuh), berdekap;
b) [kiasan] tidak berbuat apa-apa;
menekuk
1. melipat, melengkungkan, membengkokkan:
~ rotan;
2. menangkap (pencuri dan lain-lain), membekuk, menewaskan (musuh):
pihak polis berhasil ~ pencuri kereta itu;
tekukan
1. lipatan;
2. sesuatu yang dibengkokkan (dilengkungkan);
3. alat untuk membengkokkan.
tekuk II
sejenis ikan laut, Halieutia stellata.
tekukur
~ api sejenis burung, punai lembu, Macropyangia ruficeps;
~ api besar = ~ api gunung, Macropyangia unchall;
~ jerum sejenis burung, ketitir, merbuk, Streptopelia chinensis;
~ merbuk sejenis burung, balam, ketitir, merbuk, Geopelia striata;
paksa ~ padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka (peribahasa) sesuatu yang selalu dicita-citakan.
tekun
1. = dengan ~ dengan rajin dan usaha (melakukan sesuatu), bersungguh-sungguh:
bekerjalah awak ~-~, jangan banyak angan-angan;
2. tabah hati, keras hati:
dengan ~ dia bekerja mencari nafkah;
bertekun
1. rajin dan bersungguh-sungguh (bekerja, berusaha, mengaji, dan lain-lain), berkeras hati:
kira-kira lapan sembilan bulan aku ~ mengaji dan menulis itu;
2. = tertekun menumpukan fikiran dan lain-lain pada, sangat asyik (mengerjakan sesuatu):
jangan engkau biasakan menulis malam, kerana nanti lekas rosak mata, dan siang pun jangan ~ sangat, kerana engkau budak-budak nanti menjadi penyakit;
3. sangat-sangat berpegang pada (adat, kepercayaan, dan lain-lain):
mereka masih ~ pada adat kuno;
4. [arkaik] bertelekan (pada), bertumpu (pada);
menekun mempelajari dan lain-lain sesuatu dengan tekun:
Laila sentiasa menghabiskan waktu senggang dengan ~ pelajaran sekolahnya;
menekuni berusaha sungguh-sungguh untuk sesuatu:
pengajian teologi juga terus ditekuni tanpa mengalami hambatan;
menekunkan menjadikan (seseorang) tekun:
~ diri dengan beberapa penelitian;
ketekunan
1. perihal tekun, kerajinan, kesungguhan;
2. keasyikan (melakukan sesuatu).