(Sunda) sejenis tumbuhan (pokok renek), Solanum torvum.
tekong I
C
1. [arkaik] nakhoda jong, juragan, kapten;
2. [kiasan] ketua (sesuatu rancangan jahat dan sebagainya), kepala.
tekong II
[Jakarta] tikung.
tekong III
[Minangkabau] ukuran berat.
tekoran
[Jakarta] sejenis kelongsong yang dibuat daripada daun pisang dan lain-lain, limas, takir.
tekpi
[Cina] sejenis serampang bercabang tiga, trisula.
tekpo, tekpoh
[Cina] sejenis permainan judi.
tekpon
[Kelantan], [bahasa percakapan] oleh kerana, sebab.
teks
1. kata-kata asli oleh pengarangnya (bukan terjemahan, ulasan, ringkasan daripada asalnya):
hikayat ini dijadikan buku dan dicetak, sehingga dengan jalan demikian ~nya tidak dapat mengalami perubahan lagi;
2. petikan dari sesebuah kitab suci (yang dijadikan bahan rujukan dan lain-lain);
3. kandungan buku yang utama (tidak termasuk catatan dan lain-lain);
4. tulisan yang dijadikan pokok syarahan dan lain-lain:
dia berpidato dengan memegang ~ di tangannya.
teksi
1. kereta yang membawa penumpang dengan mengambil sewa, kereta sewa;
~ bandar teksi yang khusus beroperasi dalam kawasan bandar;
~ sapu teksi tidak berlesen;
2. [bahasa percakapan] beca roda tiga, biasanya di Kelantan;
berteksi menaiki teksi:
walaupun jaraknya sangat dekat, kami terpaksa ~ pada pagi itu kerana hujan sangat lebat.