– awalan asing peraturan, acara, kaedah, susunan, sistem, misalnya tataacara dan tataetika.
tata I
peraturan, acara, kaedah, susunan, sistem;
menata mengatur, menyusun;
penataan penyusunan, pengaturan;
penata orang yang menata sesuatu:
kami bertindak sebagai ~ tarian dan penyumbang idea.
tata II
[bahasa percakapan] selamat tinggal atau selamat jalan (biasanya diucapkan oleh kanak-kanak sambil menggamit):
Pak Man mendengar dua orang budak itu menyebut ~, ~ ketika motokar meninggalkan rumah itu.
tataacara
1. susunan acara, agenda;
2. [arkaik] proses dalam perbicaraan (mahkamah).
tataadab
adat sopan santun, budi bahasa yang baik, basa-basi.
tataayat
ilmu mengenai susunan kata dalam ayat, sintaksis.
tatabahasa
pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu;
ketatabahasaan (hal) yang berkaitan dengan tatabahasa:
kertas bahasa Malaysia hendaklah menekankan aspek ~.
tatabuku
ilmu menyimpan kira-kira, urusan menyimpan kira-kira (dalam perniagaan dan perdagangan).
tatacahaya
sistem pencahayaan dalam penggambaran filem, pementasan dan sebagainya untuk menghasilkan efek tertentu:
kesan ~ kelihatan biasa dan kurang membantu menimbulkan suasana yang ceria;
penatacahaya orang yang ahli dalam mengendalikan tatacahaya, terutamanya untuk penggambaran filem, pementasan dan sebagainya:
nilai artistiknya akan lebih tinggi sekiranya ~ berjaya memanipulasikan warna.
tatacara
1. adat istiadat;
2. adat resam;
3. cara dan peraturan, prosedur:
~ pembentukan istilah;
~ permohonan.