tasbih I

[Arab]

1. puji-pujian kepada Allah (dengan melafazkan Subhanallah);

2. serantai manik (daripada batu dan lain-lain) seperti kalung untuk menghitung doa (zikir):
ia senantiasa membilang buah ~ sepanjang hari;

3. rosario (dalam agama Kristian);
sembahyang ~
a) sembahyang sunat yang dikerjakan dengan membaca tasbih sebanyak 75 kali pada setiap rakaat mengikut urutan (dalam agama Islam);
b) berdoa dengan membilang buah tasbih (dalam agama Kristian);

bertasbih membaca (melafazkan) tasbih, melafazkan puji-pujian kepada Allah;
mendengar bacaan al-Quran, berzikir, ~, bertahmid dan berdoa;

mentasbihkan memuji-muji Tuhan, membaca tasbih terhadap (Allah).

tasdik

[Arab] pengakuan atau pengesahan bahawa sesuatu itu benar (betul dan lain-lain), keyakinan, kepercayaan:
~ dalam hati;

mentasdikkan mengakui bahawa sesuatu itu sah.

tashih

[Arab] pengesahan (pengakuan benar) sesebuah kitab dan lain-lain;

mentashihkan mengaku atau mengesahkan sesuatu itu benar:
ayat ini telah ~ ayat dalam surah al-Baqarah.

tasik I

1. kawasan air yang luas dan dikelilingi oleh daratan, danau;

2. [sastera lama] laut;
menabur bijan ke ~ (peribahasa) membuang-buang wang (waktu, tenaga, dan lain-lain) dengan sia-sia.

tasik II

~ timbul sejenis tumbuhan (pokok renek), coreng atap, cucur atap, Leucopogon malayanus.

taska

akronim bagi taman asuhan kanak-kanak (iaitu tempat jagaan atau asuhan kanak-kanak kecil, terutamanya ketika ibu bapa mereka pergi bekerja dan sebagainya).

taslim I

[Arab] perihal menyerah diri kepada perintah Tuhan, kepatuhan kepada perintah Tuhan;

mentaslimkan menyerahkan.