tasrif

[Arab] (Linguistik) perubahan bentuk kata kerja;

mentasrifkan mengubah bentuk kata kerja.

taswir

[Arab]

1. gambaran, lukisan;

2. [kiasan] pidato untuk menggambarkan (menghuraikan) sesuatu.

tasyahud

[Arab] lafaz dua kalimah syahadah semasa duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir dalam solat.

tasydid

[Arab] tanda dalam tulisan Arab untuk menyatakan bunyi huruf yang berangkap, sabdu.

tasyhid

[Arab] pengucapan kalimah syahadat, pengakuan beriman;

mentasyhidkan mengakui, menyaksikan.

tasyrik

[Arab];

hari ~ hari yang kesebelas dan kedua belas serta ketiga belas dalam bulan Zulhijah.