agrologi

kajian saintifik tentang tanah dan potensi daya pengeluarannya dari segi pertanian (tanaman dan sebagainya).

agronomi

sains pertanian atau cabang ilmu pertanian yang berkaitan dengan pengelolaan tanah untuk menghasilkan tanaman.

aguk

1. perhiasan yang tergantung pada kalung pengantin (bentuk bulat bagi laki-laki, bentuk bulan sabit bagi perempuan);

2. buah rantai, loket.

agul

agul-agul [Indonesia] angkuh, sombong;

mengagulkan membanggakan, memegahkan, menyombongkan.

agun

[Indonesia] cagar, sandar(an);

mengagunkan mencagarkan, menggadaikan;

agunan cagaran, gadaian, jaminan.

agung I

1. (paling) besar, terutama:
balai ~;
layar ~;
tiang ~;

2. yang tertinggi:
pemerintah ~;

3. teristimewa, terkemuka, terutama:
Allahyarham Tun Abdul Razak seorang pemimpin yang ~;
Allahyarham P. Ramlee seniman ~ Malaysia;
tamu ~;

4. yang terbuka kepada dan untuk dihadiri oleh semua ahli (berkenaan (dengan) mesyuarat, persidangan, dan sebagainya):
persidangan ~ UMNO;
mesyuarat ~ Kesatuan Sekerja DBP;

mengagungkan menjadikan (menganggap dan sebagainya) agung, membesarkan, memuliakan, meninggikan:
al-Quran ~ ilmu pengetahuan dan memuliakan ahli ilmu;

mengagung-agungkan selalu (sering kali) mengagungkan, sangat mengagungkan;

keagungan kebesaran, kemuliaan, ketinggian:
~ Abdullah sebagai pengarang terletak pada konsepsinya yang moden;

pengagungan perbuatan dan sebagainya mengagungkan:
antara yang menghalang perkembangan pesat bahasa Melayu ialah kekurangan bahan rujukan dalam bahasa itu dan ~ bahasa Inggeris.

agus

[Indonesia]

1. sejenis gelaran:
mas ~;

2. [sastera lama] bagus, elok, mulia.