(Kimia) sejenis bahan yang diperoleh daripada kulit kayu dan digunakan untuk menyamak kulit dan lain-lain.
tanjak I
1. sejenis destar, tengkolok:
Anjang memakai ~ seperti pahlawan Melayu;
2. tanjak tirus ke atas (destar, layar), meruncing (menganjur) ke atas;
bertanjak = ~ kaki berdiri di atas hujung kaki, berjengket;
~ baru bertinjau (peribahasa) berbuat sesuatu mengikut aturannya yang lazim;
menanjak
1. menirus ke atas, meruncing;
2. memanjat (bukit dan lain-lain), mendaki, menaiki:
aku surut selangkah memberikan kesempatan kepadanya ~ tangga;
3. menjadi lebih tinggi (jalan dan lain-lain), mendaki:
dia berjalan menuju tangga yang ~ ke atas anjung;
mereka mendaki jalan yang ~;
menanjakkan menganjurkan ke atas, membawa naik, menaikkan:
dia ~ layar perahunya;
~ ilmu mengembara ke tempat lain untuk mengajarkan ilmu;
~ silat pergi ke tempat lain untuk berlawan atau mengajar silat;
tak lalu dandang di air, di gurun ditanjakkan (peribahasa) menyampaikan maksud dengan pelbagai ikhtiar;
tanjakan jalan yang mendaki, pendakian.
tanjak II
1. cocok, padan, sesuai;
2. gaya (tubuh badan), tokoh, watak:
cincin ini diusul periksa sebagai isyarat menyiasat rupa dan roman tokoh dan ~, kelakuan dan keturunan;
bertanjak bergaya, berpadanan.
tanjap
tancap.
tanji
1. bunyi-bunyian, muzik, tambur;
2. = tukang ~ ahli muzik, tukang muzik.
tanjidur
tanji, muzik, tambur.
tanju
[sastera lama] sejenis lampu dinding.
tanjul
jerat yang berjoran untuk menangkap binatang dan lain-lain, tali yang hujungnya dibuat jerat;
menanjul, menanjuli menjerat dengan tanjul.
tanjung I
hujung tanah yang menganjur ke laut (danau, sungai, dan lain-lain):
~-~ yang datar tanahnya dapat dilihat di kebanyakan kuala sungai;
menanjung
1. menganjur ke laut seperti tanjung, nampak seperti tanjung;
2. belayar menyusur tanjung:
maka Batin Singapura pun keluar dengan tujuh buah perahu ~ pergi ke Bentan;
tanah ~ semenanjung, jazirah;
tanjung II
bunga ~ sejenis tumbuhan (pokok dan bunganya), mengkulah, mengkulang, Mimosops elengi;
pohon ~ sejenis tumbuhan (pokok), sauh, sawa, Manilkara kauki.