tanur

[Arab] tempat memasak, keran, perapian;
~ tinggi perapian tempat memasak kapur (bijih besi dan lain-lain).

tanwin

[Arab] tanda baca berbaris dua, sama ada berbaris di atas, di bawah atau di hadapan, yang terletak pada akhir sesuatu perkataan Arab.

tanya

1. permintaan keterangan (penjelasan dan lain-lain):
tinggal di bawah lembah gunung ini aman rasanya, tidak ada orang mengambil tahu dan tidak banyak ~ jawab;

2. [bahasa percakapan] = bertanya: pada siapa boleh saya ~ tentang hal ini;
~ jawab
soal jawab, temu ramah, wawancara;
tanda ~ tanda soal (?);

bertanya meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dan lain-lain):
maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya;
~ tahu
bertanya meskipun sudah tahu;
tumpang ~ [bahasa percakapan] kata hormat sebelum meminta keterangan kepada orang lain;
membunuh tiada ~ [sastera lama] membunuh orang dengan tiada izin raja;

bertanya-tanya berkali-kali atau berulang-ulang bertanya, bertanya ke mana-mana, saling bertanya antara satu dengan yang lain:
saya duduk bercakap-cakap dan ~ khabar negeri Singapura;

bertanyakan bertanya berkenaan sesuatu, meminta keterangan mengenai sesuatu:
maka aku pun ~lah hal negeri itu;

menanya 1. = menanyai bertanya kepada:
seorang guru sekolah tempatan ~ Profesor Arthur Lew satu soalan;

2. = menanyakan meminang, melamar:
disuruhnya orang tuanya ~ gadis itu;

menanyai bertanya untuk mengetahui sesuatu, bertanya kepada, bertanya untuk memeriksa:
tukang kebun itu terus mendekatinya dan ~ maksudnya;

menanyakan
1. bertanya tentang sesuatu kepada, meminta keterangan tentang sesuatu kepada:
temuilah doktor untuk ~ apakah berpenyakit atau tidak;

2. meminang, melamar;

mempertanyakan menimbulkan pertanyaan, mempersoalkan:
karyanya tidak mengandungi implikasi yang secara radikal ~ peranan penulis;

tertanya-tanya
1. kehairan-hairanan, dalam kebimbangan:
ia juga ~ apakah takbir mimpinya itu;

2. asyik bertanya, selalu bertanya:
anaknya yang dua orang itu sentiasa ~ tentang baju baru;

pertanyaan
1. perihal bertanya, permintaan keterangan;

2. apa yang ditanyakan, soalan:
Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yang kedua;

3. ki persoalan, masalah:
maka timbullah ~-~ kepada seluruh bangsa Melayu;
~ keliling
berbagai-bagai pertanyaan yang dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dan lain-lain;

penanya orang yang bertanya (menanyai, menanyakan).

tanzil

[Arab] apa yang diturunkan oleh Tuhan (seperti al-Quran dan lain-lain), wahyu;
ilmu ~ ilmu yang diberi khusus kepada rasul-rasul untuk disampaikan kepada umat mereka;

mentanzilkan menurunkan (al-Quran dan lain-lain):
ayat-ayat al-Quran yang ditanzilkan di Mekah;

tanzilan (sesuatu) yang ditanzilkan:
ayat-ayat ~.

Taoisme

ajaran agama dan falsafah yang berdasarkan doktrin Lao Tze (pada abad ke-6 SM) yang menganjurkan agar manusia menjalani kehidupan yang sederhana dan jujur, bertindak sesuai dengan kehendak alam, dan sebagainya.

tapa I

usaha untuk membersihkan jiwa atau untuk mencapai sesuatu maksud (kesaktian, kekebalan, dan lain-lain) dengan cara berpantang makan, mengasingkan diri dan lain-lain;
~ songsang tapa dengan bergantung di dahan kayu (dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah);

bertapa
1. mengasingkan diri di tempat yang sunyi dan lain-lain (untuk memperoleh kesaktian, kekebalan dan lain-lain):
maka kakinya diikatnya, kepalanya ke bawah, dengan demikian dua belas tahun lamanya ~ ;

2. [bahasa percakapan] menjalani hukuman penjara;

3. [kiasan] lama tidak keluar (tidak menampakkan diri);

mempertapakan hendak memperoleh sesuatu dengan jalan bertapa;

pertapaan
1. perihal bertapa;

2. tempat (orang) bertapa;

pertapa orang yang bertapa, ajar-ajar, resi.

tapa II

[Minangkabau] [arkaik];

tahan ~ tidak berasa sakit kalau dipukul (kebal), tahan pukul.

tapa-tapa

hirisan ikan yang dibubuh garam dan dikeringkan;
daging ~ sejenis dendeng (seperti daging salai, daeng, dan lain-lain).

tapah

1. sejenis ikan darat, Wallago ottu;

2. sejenis ikan darat, Wallago tweedier;
~ lemban
sejenis ikan darat, Ompok bimaculatus.